EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Q&A perniagaan tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Q&A perniagaan tudung. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2018

Borong Tudung Murah Online dan Berkualiti

Di borong bawal online kami sentiasa menerima banyak pelanggan yang mahu memudahkan urusan mereka memborong tudung secara online.

Anda tidak perlu bersusah payah borong tudung sendiri kerana semua itu memerlukan anda mengeluarkan kos.

Kos pengangkutan seperti minyak kereta, tol, bayaran parking dan sebagainya boleh menyebabkan bajet anda lari.

Kami mempunyai banyak pelanggan yang menjadikan bisnes tudung secara bisnes sambilan mereka kerana mereka ada kerjaya masing-masing dan mereka cuma membeli secara online sahaja daripada kami.

Ada dalam kalangan pelanggan kami yang merupakan cikgu sekolah, kerani, jururawat, penjawat awam, pelajar universiti sehinggalah budak sekolah yang membeli terus daripada kami dengan menekan butang whatsapp. Mudah bukan?

Ahad, 22 Julai 2018

Pemilik Butik Pun Borong Tudung di Jalan Tar Kuala Lumpur

Kenapa bila kita cakap tudung ni tudung Jalan Tar, terus segelintir orang ni akan fikir; kualiti murah, tak elok.

Low class sangat ye tudung Jalan Tar?

Sedangkan awak tak tahu dekat Jalan Tar tu lah ramai selebriti dan butik-butik yang ambil stok dari situ dan letak label mereka sendiri, lepas tu bila dah dijenamakan, orang ingat tudung paling berkualiti tinggi.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa selebriti dan pemilik-pemilik butik.

Di kawasan situ jugalah butik Bawal Exclusive mula beroperasi awal-awal dulu dan banyak lagi jenama-jenama terkenal.

Jadi jangan fikir tudung Jalan Tar tu semuanya tudung untuk orang kurang berduit yang tak mampu je okay.

Dan jangan beranggapan tudung di situ hanya sesuai diborong oleh peniaga-peniaga pasar malam saja.

Saya tak nafikan ada juga tudung yang kurang bagus kualitinya, tapi masih sangat banyak yang kualiti betul-betul menjangkaui harga.

Jadi usah prejudis dengan nama "Tudung Jalan Tar".

Jom berkawan dengan saya di facebook jom. Klik Julida Zaini

Ni saya founder Borong Bawal Online

Selasa, 9 Mei 2017

Self Pick Up Tudung Di McD Denai Alam Untuk Warga Shah Alam

Kepada anda yang tinggal di kawasan Lembah Klang (Shah Alam) dan mahu borong tudung dengan kami secara self pickup anda boleh hubungi kami dan nyatakan tudung yang anda mahu.

Kami dapati banyak pelanggan kami yang berada di sekitar Lembah Klang, jadi kami adakan servis self pickup kepada anda yang mahu dapatkan tudung dengan cepat.

Pihak kami akan sediakan tudung yang anda mahu dan kita boleh terus berjumpa di Mcd Denai Alam untuk urusan jual beli tudung.

Sebagai contoh, semalam ada pelanggan kami yang tinggal di kawasan Puncak Alam mahu self pick up tudung bawal chiffon bidang 60, jadi beliau terus datang ke Mcd Denai Alam dan kami terus berurusan dengan cepat.

Dengan ini anda yang tinggal di kawasan Lembah Klang dan mahukan tudung dengan cepat boleh terus berurusan dengan kami.

Kami faham kadang kala anda perlukan tudung dengan segera kerana banyak pelanggan anda sudah menmpah tudung yang mereka mahu.

Dengan cara ini anda tidak perlu menunggu satu atau  dua hari sebelum pos laju sampai ke rumah anda. Bagaimana pun kami tidak menutup ruang untuk anda order secara online dari kami. Cara ini dilakukan untuk memudahkan anda yang terdesak memerlukan tudung dengan cepat.

Kepada warga Shah Alam dan Lembah Klang anda boleh self pick up tudung anda dengan kami di Mcd Denai Alam dengan whatsapp kami 011-11467437 dan nyatakan tudung apa yang anda mahukan dengan segera. Minima belian satu kodi dan ke atas.







Isnin, 16 Januari 2017

Jual Tudung Secara Jalanan

Sebagai seorang penjual tudung di pasar malam, event-vent mahupun karnival mahu tidak mahu kita perlu bekerja keras untuk berniaga.

Setiap hari kita perlu berniaga tudung. Jika tidak berniaga tiada sales, apabila tiada sales cashflow atau aliran tunai duit bisnes terkecik dan akhirnya kita mati di pasar malam.

Inilah hakikat orang bisnes yang berniaga tudung secara bergerak.

Mengapa Menjual Tudung Berjenama Mudah Pikat Pelanggan Beli Produk Kita

Seperti yang kita tahu apabila sesuatu produk tudung itu berjenama maknanya aktiviti marketing jenama tudung itu kuat.

Produknya terkenal dan orang ramai bercakap-cakap mengenai jenama tudung itu.

Jadi sebagai orang bisnes rugilah jika kita tidak ambil peluang untuk menjual tudung yang berjenama.

Jenama tudung yang bagus ialah jenama tudung sentiasa buat kempen marketing di tv, radio, televisyen dan sebagainya.

Sabtu, 14 Januari 2017

Jual Tudung Kepada Pelajar Universiti dan Kolej

Teringat kenangan menjual tudung kepada pelajar perempuan di universiti dan kolej-kolej.

Beberapa tahun lepas saya dan isteri pernah jual tudung Aidijuma yang baru memulakan perniagaannya. 

Kami borong tudung Aidijuma dan jual tudung itu kepada pelajar-pelajar. Sambutan memang hangat sampai tak menang tangan dibuatnya.

Rabu, 11 Januari 2017

Jual Produk Wanita vs Jual Produk Lelaki

Sesetengah peniaga lebih mudah menjual produk wanita berbanding produk lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Bagi saya menjual produk wanita lebih mudah.

Ini kerana wanita memang selalu bershopping dan merupakan fitrah wanita untuk berbelanja.

Kita ambil contoh dalam aspek jualan tudung.

Apabila menjual tudung memang kebanyakan wanita akan repeat membeli tudung paling kurang dua minggu sekali (apabila mereka suka dengan design, jenama).

Inilah kuasa beli wanita berbanding lelaki.

Wanita akan sentiasa membeli. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri mereka supaya membeli (fitrah)

Namun isu ini bukan mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual produk lelaki lain pula ragamnya.

Orang lelaki jika berbelanja (mereka yang berkemampuna)  mereka akan pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk itu tidak masuk akal.

Jadi sebelum anda memulakan bisnes pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.

Di pentas online anda perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.

Terlalu banyak aspek yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi bisnes anda.

Selamat berbisnes dan teruskan menjual produk wanita.

Jual produk wanita yang sesiapa sahaja boleh menjualnya





Selasa, 10 Januari 2017

Muka Tak Lawa Bukan Masalah Menjadi Peniaga Tudung

Dalam bisnes tudung yang menentukan jualan tudung laku atau tidak bukan bergantung kepada peniaga tudung yang bermuka lawa.
Mula lawa bukan jaminan menjadi peniaga tudung yang berjaya.

Percayakah anda ada ramai peniaga tudung di luar sana yang muka mereka biasa-biasa sahaja namun jualan tudung mereka sangat 'lawa'.

Mereka itulah peniaga tudung yang bijak menggunakan 'muka lawa-lawa' model tudung untuk menjadi cover model tudung mereka.

Mereka bayar sahajalah model itu bayaran 'lawa' itu.

Mereka bayar sahajalah juruphoto dengan bayaran yang mahal-mahal.

Jadi apa yang kami mahu cakap ialah mahu jadi peniaga tudung tidak perlu pun anda menjadi cantik seperti heroin pangako sayo!

Admin nak cari model tudung yang cantik. Ada tak yang nak jadi model?

Khamis, 28 April 2016

Perut Kenyang Lihat Testomoni Pelanggan

Apabila kita menjadi usahawan tudung online kita perlu menghargai setiap pelanggan yang memberi respon positif berkenaan servis kita.
Di lapangan online kita tidak boleh berjumpa pelanggan kita secara bersemuka untuk mengucapkan kata-kata penghargaan kepada mereka.

Jadi cara paling baik untuk mengucapkan penghargaan mereka terhadap bisnes kita ialah dengan cara berterima kasih apabila pelanggan memberi respon yang baik.

Sebagai usahawan tudung online, apabila menerima pujian daripada pelanggan kita perlu selalu berterima kasih.

Selain itu kita boleh memberi mereka penghargaan seperti memberi hadiah, voucer, diskaun harga dan pelbagai lagi yang memberi rasa seronok kepada pelanggan.

Siapakah kita tanpa pelanggan yang terus-menerus membeli daripada kita.

Sebab itulah apabila kita menerima respon atau testimoni yang baik terus mood kita jadi baik.

Tidak makan sehari pun tak apa sebab dengan pujian itu pun sudah mengeyangkan perut!

Hargai pelanggan anda dengan cara simple sekalipun.

Kami sedaya upaya membahgiakan anda!



Jumaat, 15 April 2016

Peluang Buat Duit Untuk Pelajar Universiti

Sekiranya anda seorang pelajar universiti pihak BBO ingin melantik anda menjadi ejen tudung bawal kami.

Tugas anda hanya perlu menjual tudung daripada pihak kami kepada kawan-kawan asrama, kawan-kawan serumah.

Komisyen berdasarkan jumlah tudung yang terjual.

Anda boleh menjadi ejen tudung kami dengan menjual tudung secara borong.

Anda boleh menjadi ejen tudung kami dengan menjual tudung secara runcit.

Untuk memudahkan anda kami juga anda boleh melakukan jualan secara pre-order.

Pilih mana yang anda suka.

Gambar tudung akan kami bekalkan.

Terbuka kepada seluruh pelajar universiti lelaki dan perempuan.

Whatsapp admin kami di 011-11797445.

Nota: Untuk pelajar universiti terutama mereka yang belajar di UiTM Shah Alam atau Puncak Perdana kami boleh terus berjumpa dengan anda untuk sesi perbincangan. Kami sedia ke lokasi anda.

Mudah jual tudung bawal kepada pelajar universiti

Tudung bawal satin cantik-cantik

Bawal 3D jenama Kangaroo

Berminat mahu jadi ejen tudung kami?

Khamis, 14 April 2016

Bagaimana Membina Rangkaian Networking Untuk Bisnes Anda

Cari pekerjaan di kilang-kilang.

Selepas 3 bulan berkhidmat di sebuah kilang berhenti kerja dan minta pula kerja kilang di tempat lain selama 3 bulan lagi.

Jadinya dalam tempoh 6 bulan itu rekrut sehabis banyak ejen jualan untuk produk kita.

Pilih waktu sesuai untuk rekrut.

Jangan rekrut waktu sedang sibuk urus mesin-mesin.

Selain rekrut ejen jangan lupa berbaik-baik dengan semua orang.

Jadikan orang lain sebagai kenalan kita.

Tidak kira siapa pun kita boleh berkawan.

Nota: Tips ini diceritakan oleh seorang kenalan isteri saya yang melakukan teknik pemasaran begini. 
Beliau bekerja di kilang-kilang untuk meluaskan rangkaian networking dan ejen produk beliau. Sekarang beliau sudah berhenti kerja dan sibuk melatih ejennya menjual.

Siapa nak join saya kerja kilang? Saya pun rasa seperti mahu kerja kilang.

Seronok sebab ada ramai kawan. Ermm lazat buru orang cara softselling.

Ada pekerja mana-mana kilang mahu menjadi ejen dropship kami? komisyen anda dibayar berdasarkan berapa banyak tudung terjual.

Jika anda mempunyai ramai networking anda boleh jadi ejen kami

Jom kita jadi rakan kongsi bisnes

Selasa, 12 April 2016

Ejen Dropship Tudung Bawal Crepe

Apakah itu ejen dropship?

Seperti yang kita tahu ejen dropship ialah mereka yang menjadi seorang ejen kepada sesuatu syarikat dengan mendapat komisyen terhadap barang yang mereka promosi atau jualkan.

Katakan anda menjadi ejen dropship tudung bawal crepe, maka anda perlu jual tudung bawal crepe kepada sasaran pelanggan anda. 

Tugas anda cuma menjual, menjual, menjual.

Tugas syarikat yang anda wakili pula ialah memastikan barangan tadi dibungkus dan sebagainya.

Selasa, 22 Mac 2016

Belajar Menjual Tudung Dengan Betul

Sebagai usahawan tudung atau bakal usahawan tudung apa yang paling penting dalam bisnes ialah kita mengenali siapakah pelanggan kita dengan tepat.

Sebagai contoh kita tahu pembeli tudung adalah wanita. Wanita itu adalah deskripsi atau maksud yang luas. Kita mahu jual tudung kepada wanita yang bagaimana? Wanita yang bekerjaya lain tudung yang mereka pakai. Wanita yang masih belajar? Lain pula tudung yang mereka pakai.

5 Cara Kami Bantu Anda Berbisnes Tudung Dengan Mudah

Banyak soalan yang kami terima bagaimana untuk menjadi usahawan tudung? Bagaimana untuk membuat facebook page sehingga menerima beribu like dan menjual kepada pelanggan? Bagaimana membina blog yang dipercayai pelanggan?

Kami offer kepada anda untuk belajar cara berbisnes tudung dan anda akan dapat...

Isnin, 21 Mac 2016

Mulakan Bisnes Tudung Di Bazaar Atau Pasar Malam


Apabila anda mahu berniaga tudung pastinya isu krital yang anda hadapi ialah di mana mahu mula berniaga?

Salah satu cara mudah untuk anda mula berniaga tudung ialah anda boleh mencari bazaar atau event-event yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh banyak event atau event yang anda boleh masuk seperti event jualan di kompleks membeli belah. Contohnya event di PKNS Shah Alam, Star Avenue Shah Alam atau di mana sahaja.

Selain itu anda juga boleh mula berniaga di pasar malam. Jika anda masih tiada lesen niaga di pasar malam anda boleh minta kebenaran peniaga pasar malam untuk berniaga di sebelah lokasi perniagaannya.

Jumaat, 18 Mac 2016

Bagaimana Pelajar Kolej, Universiti Boleh Buat Duit Dengan Kami

Sebagai pemborong tudung yang banyak menjual tudung secara borong kepada peniaga-peniaga kecil seluruh Malaysia kami juga menjalankan bisnes menjual tudung pada harga rendah pada pelajar kolej dan universiti. 

Sebagai contoh kami menjual tudung di asrama pelajar UiTM Shah Alam apabila pelajar-pelajar ini whatsapp dan telefon kami untuk hadir ke asrama mereka. Pernah beberapa kali kami ke asrama pelajar fakulti perubatan dan pergigian UiTM Shah Alam untuk menjual tudung.

Selasa, 19 Januari 2016

Belajar Bisnes Online Dengan Yuran Rendah

Saya dan isteri mendapat banyak feedback daripada mereka yang berminat menjalankan bisnes online. Ada antara mereka yang menyatakan minat belajar bisnes tudung online. Ada juga yang berminat belajar bagaimana menjual pelbagai produk.

Kami tahu terdapat ramai di luar sana yang mahu menjana pendapatan daripada internet dan kami tahu ada yang tidak mampu membayar yuran dengan harga yang ada di pasaran. Jadi kami buka sesi ini kepada anda yang berminat untuk belajar.

Jadi sebagai langkah mudah dan efisien saya mahu menjemput anda untuk belajar bisnes online bersama saya dan isteri saya di group whatsapp dan group facebook dengan yuran yang rendah iaitu sebanayak rm40 sahaja (per head). Murah bukan?

Selasa, 5 Januari 2016

Mulakan Bisnes Tudung Dengan Jualan Runcit

Sebenarnya sangat mudah untuk memulakan bisnes tudung. Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan memborong sekodi tudung dan mula menjualnya secara runcit.

Kemudian apa yang perlu anda lakukan?

Kemudian anda boleh ambil gambar tudung itu sehelai-sehelai dan mula mempromosikan tudung itu di instagram, facebook, twitter atau mana-mana channel media sosial yang anda mudah dengannya.

Jumaat, 4 Disember 2015

Jual Tudung Dengan Tawaran Pakej

Sekiranya anda baru bermula dalam bisnes tudung tentu anda kurang arif bagaimana untuk menjual tudung dengan menggunakan tawaran-tawaran pakej tudung.

Sebagai usahawan tudung anda perlu kreatif menggunakan ayat jualan yang berkonsepkan pakej tudung.

Sekiranya anda kekal menjual menggunakan cara lama maka jualan tudung anda akan tidak mampu bertahan. Namun apabila anda sesuaikan dengan pakej-pakej tudung mengikut bulan, tahun dan sebagainya maka jualan tudung anda boleh bertahan dengan baik.

Isnin, 30 November 2015

Cerita Engineer Tudung

Setiap orang ada cerita bisnes masing-masing. Bagaimana bermula dalam bisnes tudung, jatuh bangun dan sebagainya membuatkan seorang usahawan tudung kental dengan ujian yang dihadapi.

Ujian dalam bisnes tudung ada pelbagai ragam terutama untuk mereka yang tiada pengetahuan dalam aspek jualan tudung.

Kami teringat bagaimana sahabat kami yang merupakan seorang jurutera berhenti kerja dan memulakan bisnes tudung.