Apabila gambar produk anda di instagram cantik dan menawan sudah tentu semakin banyak follower akan ikut instagram anda dan semakin anda berpeluang untuk dapatkan jualan.
Sudah tentu brand produk anda juga akan dikenali dan menjadi perhatian pengikut anda. Instagram adalah platform yang sinonim dengan gambar yang cantik dan menarik.
Jadinya apabila anda mahu menjual produk di instagram apa yang anda perlukan ialah gambar yang cantik kerana manusia berkumpul di instagram sebab mahu melihat gambar yang cantik.
Jika anda lihat brand-brand besar international pun menggunakan instagram untuk memberi brand aweness kepada pelanggan mereka.
Jika brand besar pun turut serta dalam marketing di instagram maka kita juga perlu lakukan perkara yang sama. Tiru sahaja cara mereka yang berjaya maka kita sudah satu langkah ke hadapan.
Bagaimana mahu cantikkan gambar di intagram, ikut tips ini :
1. Elakkan ambil gambar di kawasan gelap.
2. Letakkan satu subjek untuk difokuskan di bahagian tengah kerana ia lebih baik daripada mengambil gambar secara random.
3. Lihat contoh pesaing anda, gambar mereka cantik maka gambar di wall instagram anda mesti setanding atau lebih cantik daripada pesaing.
4. Gunakan apps khas untuk edit photo anda. Antara yang mudah digunakan ialah apps VSCO. Terdapat banyak lagi apps yang anda boleh cuba dan explore di dalam google playstore. Pastikan apps yang anda guna itu sesuai dengan produk yang anda jual. Try and error sahaja supaya anda puas hati dengan editing gambar yang anda lakukan.
5. Tips tambahan, anda jangan lupa untuk hashtag nama produk anda di instagram, buat hashtag yang mudah muncul di instagram supaya mudah pelanggan jumpa produk yang anda jual. Sebenarnya sangat mudah menjual di instagram jika anda rajin lakukan promosi dan letak gambar-gambar cantik. Cubalah.
Jika anda ada bajet yang banyak apa kata anda invest dengan mengambil photographer profesional kerana mereka boleh sediakan banyak konten gambar yang cantik kepada anda. Jika berbaloi pulangan yang anda akan dapat nanti tidak salah jika anda ambil risiko.
![]() |
| Pastikan gambar instagram anda mempunyai nilai kualiti yang tinggi |


