EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Wanita dan Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita dan Duit. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2020

5 Teknik Pikat Customer

Cara paling mudah untuk mempelajari  teknik menulis berkesan adalah ‘meniru’ bagaimana orang menulis.Memulakan perniagaan internet misalnya,dengan hanya menulis bagaimana teknik menulis skrip ayat jualan” power”.

5 Teknik mengikat hati pelanggan cara pantas!

1.  Ikat hati pelanggan

Cara paling mudah untuk mengikat hati pelanggan adalah dengan menggunakan skrip ayat jualan berdasarkan apa pelanggan mahukan,contohnya offer dan tawaran menarik.

2. Beri apa pelanggan mahu

Pelanggan mahu diberikan layanan istimewa, layan mereka sehabis baik kerana mereka akan membeli berkali-kali daripada kita. Apabila pelanggan merasakan kita menghargai mereka, mereka dengan sendiri akan mengeluarkan duit daripada poket mereka dan rela hati berikan kepada kita!

3. Berikan diskaun murah

Penjual seperti kita mestilah mennggunakan kemahiran mengikat hati pelanggan dengan menggunakan diskaun murah.Sebagai contoh  seperti pengurangan harga,hadiah istimewa mahupun ganjaran lain yang pembeli mesti suka dan akan beli kepada kita.

4. Headline kreatif

Tahukah anda?dengan menggunakan tajuk headline kreatif kita mampu jana pendapatan lumayan dan produk laris!contohnya seperti “anda ingin mendapatkan tudung bawal ekslusif pada harga borong!admin ingin menawarkan 70 peratus potongan menarik untuk pembeli terpantas!. Tentu anda suka produk anda laris cepat kan? Diatas adalah contoh terbaik dan paling berkesan.Cubalah.

5. Closing Pelanggan

Apa pelanggan mula whatsapp atau mesej anda untuk tanyakan hal produk anda perlu segera melayan pelanggan anda. Jangan tinggalkan mereka terkontang-kanting keseorangan. Balas apa sahaja ‘kerenah’ pelanggan dan layan pelanggan anda seperti menghormati status mereka dan jawab segala maklum balas mereka. Nanti anda akan lihat jualan produk anda meningkat!

Teruskan belajar ilmu bisnes online


 


Ahad, 8 November 2020

Kenapa Perlu Jual Produk Wanita?

Pada era media sosial begini menjual produk wanita sudah menjadi kemestian kepada banyak usahawan internet.

Ini kerana di lapangan internet kuasa beli wanita sangat tinggi sesuai dengan keinginan mereka yang suka berbelanja. Kita lihat sahaja di mana-mana platform media sosial produk wanita sentiasa mempunyai pasaran dan permintaan yang besar..

Kita ambil contoh dalam aspek jualan produk kecantikan.

Apabila menjual produk kecantikan wanita lebih mudah melakukan pembelian sehingga ada yang menjadi pelanggan tetap sesuatu produk atau jenama.

Inilah kuasa beli wanita berbanding lelaki.

Wanita akan sentiasa membeli produk kecantikan. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri mereka supaya membeli (fitrah)

Namun isu ini bukan mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual produk lelaki lain pula ragamnya.

Orang lelaki jika berbelanja (mereka yang berkemampuan)  mereka akan pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk itu tidak masuk akal.

Jadi sebelum anda memulakan perniagaan pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.

Di pentas online anda perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.

Terlalu banyak aspek yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi bisnes anda.

Selamat berbisnes dan teruskan menjual produk wanita.

Jual produk wanita di media sosial


Sabtu, 7 November 2020

Bagaimana Jana Wang Dengan Kepakaran Diri Sendiri

Zaman sekarang siapa ada kepakaran dan pandai pula menjual kepakarannya pasti dihujungnya dia akan dapat hasil.

Walaupun semasa kita belajar di kolej atau universiti kepakaran kita sudah tentu dalam bidang yang kita ambil tetapi percayalah dengan kepakaran itulah kita boleh buat duit.

Ada kawan saya dia belajar kejuruteraan mekanikal semasa di universiti tetapi semasa belajar lagi dia sudah buat kelas tuisyen. 

Dia sendiri pergi cari maklumat dia mana kelas tuisyen yang perlukan pelajar dan mula bekerja di pusat tuisyen itu. 

Selepas dia pandai selok belok tuisyen, bergraduan maka dia terus jadi cikgu tuisyen sepenuh masa dengan mengajar pelajarnya secara home tutor.

Pendapatannya memang boleh tampung kehidupannya dan dia selesa dengan cara itu. Dia berhenti kerja sebagai jurutera sebab mahukan kebebasan masa.

Cuba lihat semula apa kepakaran yang kita ada dan mula jana pendapatan dengan kepakaran itu.

Ada orang kepakarannya ialah menjual dan dia selesa sekali menjadi jurujual kepada produk terkenal. Sudah tentu jika dia bersungguh dia akan dapat jana pendapatan luar biasa dengan kerjayanya itu.

Jika kita ada kepakaran tertentu kita boleh mula buat duit. Jika kita sudah ada kerjaya dan mahu tambah pendapatan kerana gaji kita tidak cukup maka kita boleh mula fikirkan apa kepakaran yang kita boleh tawarkan kepada pelanggan.

Setiap manusia boleh menjadi pakar bidang dengan berusaha bersungguh-sungguh terhadap perkara yang dia minati. Jika anda minat kepada topik-topik tertentu anda boleh belajar dengan menyertai kursus dan dapatkan ilmu tersebut untuk anda jana wang suatu masa nanti.

Ada kawan saya yang belajar kejuruteraan elektrik semasa di universiti dan menjadi jurutera. Kerana sudah berkahwin dan perlu cari wang yang banyak dia melakukan kerja wiring pada hujung minggu dan dia juga pandai repair pelbagai barang elektrik. 

Jadinya servid itu yang ditawarkan kepada pelanggan pada hujung minggu dan pelanggannya tidak putus-putus selepas dia iklankan servisnya di media sosial.

Setiap orang pasti ada hobinya sendiri dan anda boleh gunakan hobi anda itu untuk jana wang. Zaman digital sekarang semua orang boleh cari pelanggan dengan mudah di media sosial. 

Lihat semula apakah perkara yang anda mahir dan mula tawar kemahiran anda itu kepada pelanggan itu jana pendapatan. Selamat mencuba!

Cari wang banyak-banyak sampai bertimbun harta tiada siapa nak marah



Khamis, 5 November 2020

Wanita Bijak Pandai Cari Wang Sendiri

1. Jika anda masih belajar di universiti belajar cari wang sendiri. Nanti bila sudah graduate anda tahu cari wang sendiri. 

Masih ramai wanita yang masih belajar tetapi buat kerja part time cari wang. Mereka tak harap duit mak ayah atau duit boyfriend. 

Jika masih belajar tak perlu ada boyfriend sebab semua itu akan buat kita hanyut dalam pelajaran. Silap-silap kita dapat result bawah pointer yang sepatutnya. Malu pun dapat.

2. Buatlah bisnes online sambil belajar di kolej atau universiti. Boleh mula dengan menjual tudung, top up, pakaian muslimah dan sebagainya. 

Belajar bagaimana cari wang sendiri supaya apabila berkahwin nanti kita tahu cari wang sendiri. Jangan harap sangat duit suami sebab kos hidup di bandar sangat tinggi.

3. Jika sudah berkahwin dan ada anak kena pandai simpan wang dan cari duit sendiri. Duit pampers anak bukan murah. 

Belanja kos untuk besarkan anak cukup tinggi dan merisaukan. Jika boleh buat kerja part time. Kerja sedia ada teruskan dan jangan berhenti pula. Fokus kita mesti fikir dapatkan duit. Memang duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit.

Berhenti apabila bisnes atau kerja part time kita sudah stabil dan simpanan kita sudah banyak.

4. Jadi wanita kita serba serbi sibuk jika sudah berumahtangga. Suami bekerja dan kita pula sibuk uruskan anak-anak dalam rumah. 

Ada masa banyakkan membaca buku-buku bisnes. Join seminar berbayar yang boleh tambahkan skill bisnes kita. 

Cuba join bisnes dropship, bisnes produk kecantikan dan sebagainya. Kita perlu tahu skill kehidupan ini semua. 

Tak nak kita perlu belajar kerana semua yang kita perlukan memerlukan wang belanja. Jika gaji suami sudah besar pun kita tak tahu sampai bila dia akan dibuang kerja. 

Lihat sekarang berapa ramai kena buang kerja sebab pandemik virus Covid-19. Seram kita semua sebab sudah pasti sanak saudara kita pun ada yang kena buang kerja.

5. Wanita bijak tahu cari wang sendiri. Kita yang perlu jadi wanita itu. Zaman sekarang zaman digital semua orang ada media sosial. Gunakan media sosial untuk dapatkan duit dan belajar simpan duit. Kita wanita dan kita tidak tahu apa akan jadi kepada keluarga kita. Perlu bijak cari wang sendiri dan kita perlu keluar daripada masalah kewangan itu sekarang juga. Jangan tangguh lagi.

Berjuang demi anak kecil kita