Disebabkan pandemik Covid-19 rata-rata perniagaan sudah mula selesa dengan menggunakan platform online sebagai saluran untuk menjual ataupun membeli produk.
Jika zaman sebelum pandemik orang selesa membeli produk di premis kedai zaman sekarang semua barang sudah mula ditawarkan di platform online.
Sudahkah anda mulakan bisnes anda di Shoppe? Itu persoalan yang anda perlu tanyakan kepada bisnes anda kerana sekarang rata-rata orang bisnes sudah rancak menjual di platform Shoppe.
Kita abaikan dahulu isu buang harga yang ada di platform Shoppe, apa yang penting adalah adakah anda sudah bermula. Jika belum segeralah bertindak kerana jika anda tidak menggunakan platform Shoppe sebenarnya anda dalam kerugian.
Di Shoppe semua produk yang anda mahu jual atau beli semuanya ada. Jika anda tidak percaya anda boleh buka akaun Shoppe dan boleh mula beli produk yang anda mahu.
Selain itu, dengan menjual produk anda di Shoppe anda tidak perlu susah payah untuk mencari pelanggan kerana Shoppe akan membantu anda mencari pelanggan.
Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan sahaja produk anda di dalam Shoppe dan gunakan keyword-keyword yang sesuai supaya prospek pelanggan anda dapat mencari kedai online anda di Shoppe. Menarik bukan?
Senang cerita Shoppe akan guide anda daripada awal supaya anda dapat manfaatkan peluang buka kedai online di Shoppe.
Jika anda merasa sukar untuk membuka kedai online anda di Shoppe anda boleh panggil sahaja mereka yang buat kelas online Shoppe atau yang lakukan servis bina kedai di Shoppe. Daripada situ anda sudah boleh mempunyai kedai online anda sendiri.
Sudahkah anda mempunyai kedai online di Shoppe? Jika belum anda boleh mula borong tudung dengan kami dan mula bina kedai tudung online anda sendiri di Shoppe.
Permintaan produk tudung di Shoppe sangat tinggi dan sentiasa ada permintaan. Jika anda lihat di Shoppe terdapat banyak kedai tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung.
Ini menunjukkan bahawa permintaan sangat tinggi dan sesiapa sahaja yang mempunyai kedai online di Shoppe pasti akan dapat pelanggan. Anda cuma perlu kreatif sedikit sahaja untuk memenangi hati pelanggan.
