Dalam bisnes yang kita ceburi sudah tentu kita perlu ada matlamat yang mahu dicapai. Matlamat seseorang sudah tentu berbeza dengan matlamat orang lain. Matlamat yang kita mahu capai mestilah boleh diukur dengan kadar masa.
Kebiasaannya mereka yang bertahan lama dalam bisnes ialah mereka yang ada passion dan sabar dengan matlamat jangka masa panjang yang mereka tetapkan.
Katakan contoh masa untuk kita rancang kita berjaya dalam bidang kita ceburi ialah tiga tahun. Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah kita perlu berusaha dan tidak putus asa.
Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah kita akan direject, rasa putus asa, rasa down sangat sampai nak give up, tetapi disebabkan kita passion dan perlu bersabar dalam tempoh tiga tahun jadi kita teruskan juga berusaha dalam tempoh yang kita tetapkan.
Sebab itu jika kita sabar dalam tempoh itu, kejayaan yang kita tunggu dan berusaha untuk mencapainya akan kita dapat juga pada akhirnya.
Cuba kita lihat usahawan yang berjaya, mereka ada passion dan tahap kesabaran kepada matlamat yang sudah ditetapkan berkadar tempoh masa.
Cuba kita lihat matlamat kita pula dalam bisnes. Berapa tempoh masa yang kita letakkan untuk kita berjaya. Tiga tahun? lima tahun? 10 tahun?
Katakan kita punya matlamat dalam bisnes tudung dalam masa tiga tahun ialah kita akan berjaya untuk ada simpanan sebanyak 50 ribu.
Jadi dalam masa tiga tahun kita mesti dapatkan 50 ribu tersebut walaupun usaha kita dicemari kata-kata toksik daripada kawan kita, kita diperli, dihina dan sebagainya tetapi kita kekal dengan matlamat yang telah kita tetapkan.
Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah proses yang akan kita lalui walaupun mungkin kita rasa 'boleh ke aku buat benda ni".
'Boleh ke aku dapat kumpul 50 ribu dalam masa tiga tahun, aku nak beli barang RM20 pun tak ada duit'.
Ingat, kita sudahpun letak matlamat dalam diri kita. Apa yang kita mahu sudahpun kita rancang daripada awal. Kerja kita cuma melalui sahaja rintangan dan onak berduri yang melanda. Jika kita lakukan proses ini selama tiga tahun yang kita telah tetapkan tadi, ketahuilah bahawa kejayaan sudahpun menanti diri kita. Tahniah.