1. Mengurus kewangan
Demi masa depan anda perlu bermula daripada bujang lagi untuk mengurus kewangan. Bekerja sebaik sahaja anda tamat pelajaran atau bergraduan. Asalkan anda mempunyai sumber pendapatan dan bijak merancang kerjaya. Jika anda buat bisnes pun bagus. Anda perlu tahu simpan wang, laburkan wang dan bijak pula mengembangkan wang anda itu. Masuk kelas kewangan banyak-banyak sewaktu anda muda. Di kota besar anda perlu pandai jaga wang anda sebab di kota besar wang anda mudah sangat mengalir dengan laju mengalahkan air paip.
2. Memasak
Beli foodpanda mahal, grabfood mahal dan makan di restoran seperti starbak atau secret rcipi sudah tentu mahal. Ini boleh menyebabkan poket anda koyak dan rabak. Jika mahu masa depan gemilang dan terbilang anda perlu berjimat dengan memasak di rumah. Apabila anda memasak di rumah sudah tentu kemahiran memasak anda menjadi mahal. Apabila kemahiran sudah ada sudah tentu mudah dapat jodoh suatu masa kelak. Saya ada kawan sewaktu belajar di universiti dahulu, dia kalau boleh semuanya nak makan di rumah dengan memasak. Makan di luar katanya mahal nak mampus. Betul dan sungguhlah apa yang dia cakap. Dia bukan kedekut tapi berjimat. DUITNYA berkepok selepas tamat belajar. Rakan yang lain pokai.
3. Kemahiran hidup
Jika anda bujang dan barang kegunaan rumah seperti paip rosak, lampu rosak dan tandas tersumbat janganlah semuanya mahu panggil tukang repair. Panggil tukang repair apabila anda sudah tiada pilihan. DI YOUTUBE terdapat banyak ilmu merepair yang anda boleh gunakan. Sudah tentu banyak wang yang boleh dijimatkan. Waktu muda ialah waktu anda suka alpa dan enjoy. GUNAKAN waktu muda anda untuk menyimpan wang sungguh-sungguh. Jika ada gangguan yang boleh menyebabkan wang anda menyusut anda perlu buang jauh-jauh gangguan itu. Tetapi janganlah semua benda anda perlu buang. Jika ada wang lebih sedekahkan dan selalu beri wang pada mak ayah di kampung.
