Bisnes produk dalam sektor keperluan sangat sesuai dilakukan pada zaman ekonomi muram. Sebagai contoh perniagaan dalam sektor pendidikan, sektor makanan, sektor fesyen dan sebagainya.
| Produk makanan mudah buat duit jika di lokasi strategik |
Kepakaran kami ialah supply tudung bawal kosong jenis cotton. Whatsapp +6011-11797445. Borong bawal cotton 100 pcs RM360 sahaja. Segera bertindak!
Bisnes produk dalam sektor keperluan sangat sesuai dilakukan pada zaman ekonomi muram. Sebagai contoh perniagaan dalam sektor pendidikan, sektor makanan, sektor fesyen dan sebagainya.
| Produk makanan mudah buat duit jika di lokasi strategik |
Dalam bisnes perkara yang paling ideal ialah kita memulakan bisnes dengan modal yang ada di tangan.
| Guna sahaja apa modal yang anda ada. |
| Ada tak servis buat duit dengan kita tidur dalam IKEA tapi dapat duit? |
Jika anda benar-benar mahu fokus dalam bisnes tudung kami cadangkan anda jadi specialist dalam satu jenis tudung sahaja iaitu tudung bawal cotton atau dikenali sebagai tudung kosong.
Ini kerana potensi tudung ini sangat besar kerana market pelanggan yang memakai tudung ini besar dan pelanggan yang membeli tudung ini kebanyakan anak muda remaja yang berada di media sosial seperti instagram dan tiktok.
Kebanyakan anak muda yang berada di isntagram atau tiktok sangat mudah untuk membeli kerana mereka memerlukan produk yang mereka boleh beli berulang kali sebab harga tudung kosong sangat murah.
Dengan serendah RM10 sahaja pelanggan anda boleh buat bayaran online kepada anda.
Cuba anda buka instagram atau shoppe dan tiktok, anda akan dapati berlambak peniaga yang menjual tudung kosong dan anda jangan risau semakin banyak pesaing maknanya pelanggan yang anda boleh reach sangat besar.
Sangat mudah sebenarnya untuk anda close pelanggan anda supaya membeli produk anda.
Apabila anda gunakan intagram anda perlukan gambar yang cantik dan model tudung yang cantik sahaja. Jika tiada model pun anda boleh gunakan patung tudung.
Perkara yang mustahak dalam seni jual tudung ialah gambar yang cantik. Ya itu sahaja.
Di instagram anda pun tahu bahawa remaja atau anak muda berkumpul di sana dan mereka sentiasa mencari produk yang harganya mampu milik dan nampak stylish.
Fokus jual tudung kosong sahaja dan anda boleh dapat pendapatan yang lumayan dengan fokus kepada satu jenis tudung sahaja.
Banyak peniaga tudung yang tewas dalam bisnes tudung kerana mereka mahu jual semua jenis tudung dan akhirnya mereka tidak dapat kawal bisnes mereka kerana terlampau banyak tudung yang mereka mahu jual.
Fokus jual satu jenis sahaja supaya orang atau pelanggan nampak apakah kepakaran anda dalam bisnes tudung.
1. MULAKAN DENGAN MODAL RENDAH. Boleh borong sekodi dulu iaitu 20 pcs tudung kemudian jual di media sosial yang anda tahu. Ada banyak platform jualan, anda boleh terus menjual. Shoppe ada, Lazada ada, instagram ada, facebook ada, sekarang TIKTOK pula yang sedang meningkat naik. Selain berhibur di Tiktok apa kata anda bisnes tudung di situ.
2. FOKUS. Lihat tudung apa yang anda mahu fokuskan untuk jual. Ada banyak pilihan tudung. Jadi anda perlu fokus.
3. BE STRONG. Jangan cepat putus asa sekiranya sales anda perlahan, semua orang merasainya. Anda perlu kuat dan memahami potensi diri anda dan produk anda.
4. SERVICES. Sediakan perkhidmatan pelanggan dengan baik. Setiap pertanyaan pelanggan anda perlu jawab dan sentiasa muliakan pelanggan. Servis anda mesti tip top supaya pelanggan anda tadi boleh jadi 'agent' jualan anda. Apabila mereka gembira mereka akan sebarkan nama kedai anda kepada sahabat mereka.
5. GRAB THE CHANCE. Jangan biarkan peluang terlepas begitu sahaja. Anda perlu ambil peluang yang terhidang sekarang kerana semua orang menjual secara online. Pandemik Covid-19 dijangka akan terus berlarutan dan sebenarnya ini ialah peluang yang baik anda mulakan bisnes jika anda pandang daripada sudut positif.
6. GENEROUS. Jangan kedekut untuk membantu orang lain. Lagi ramai orang yang anda bantu rezeki anda akan bertambah dan anda akan rasa bahagia.
Jika anda lihat di instagram terdapat banyak penjual tudung yang melantik influencer atau diri mereka sendiri yang sudahkan famous sebagai influencer.
Jika anda seorang wanita dan sudah berjaya mempunyai follower yang ramai di instagram atau alat sosial media yang lain seperti TikTok anda tidak perlu risau lagi berkenaan jualan tudung anda.
Kebanyakan influencer yang terkenal atau mempunyai banyak follower menjadi duta produk atau mereka ambil untuk review produk daripada syarikat yang mahukan servis mereka.
Sekiranya anda masih baru dalam bisnes tudung dan tidak mempunyai follower yang ramai saya sangat galakkan anda ambil servis instafamous supaya mereka boleh review produk tudung anda.
Ada instafamous yang tidak kenakan bayaran yang mahal jika anda bijak survey harga yang mereka tawarkan.
Sekiranya anda adalah seorang influenver di media sosial saya sangat galakkan anda untuk cuba memulakan bisnes tudung sebab market di media sosial sangat besar.
![]() |
| Bayar influencer supaya jualan tudung anda laju di media sosial |
![]() |
| Jurujual mesti ada ilmu ini untuk terus berjaya dalam industri |
Cara paling mudah untuk mempelajari teknik menulis berkesan adalah ‘meniru’ bagaimana orang menulis.Memulakan perniagaan internet misalnya,dengan hanya menulis bagaimana teknik menulis skrip ayat jualan” power”.
5 Teknik mengikat hati pelanggan cara pantas!
1. Ikat hati pelanggan
Cara paling mudah untuk mengikat hati pelanggan adalah dengan menggunakan skrip ayat jualan berdasarkan apa pelanggan mahukan,contohnya offer dan tawaran menarik.
2. Beri apa pelanggan mahu
Pelanggan mahu diberikan layanan istimewa, layan mereka sehabis baik kerana mereka akan membeli berkali-kali daripada kita. Apabila pelanggan merasakan kita menghargai mereka, mereka dengan sendiri akan mengeluarkan duit daripada poket mereka dan rela hati berikan kepada kita!
3. Berikan diskaun murah
Penjual seperti kita mestilah mennggunakan kemahiran mengikat hati pelanggan dengan menggunakan diskaun murah.Sebagai contoh seperti pengurangan harga,hadiah istimewa mahupun ganjaran lain yang pembeli mesti suka dan akan beli kepada kita.
4. Headline kreatif
Tahukah anda?dengan menggunakan tajuk headline kreatif kita mampu jana pendapatan lumayan dan produk laris!contohnya seperti “anda ingin mendapatkan tudung bawal ekslusif pada harga borong!admin ingin menawarkan 70 peratus potongan menarik untuk pembeli terpantas!. Tentu anda suka produk anda laris cepat kan? Diatas adalah contoh terbaik dan paling berkesan.Cubalah.
5. Closing Pelanggan
Apa pelanggan mula whatsapp atau mesej
anda untuk tanyakan hal produk anda perlu segera melayan pelanggan anda. Jangan
tinggalkan mereka terkontang-kanting keseorangan. Balas apa sahaja ‘kerenah’
pelanggan dan layan pelanggan anda seperti menghormati status mereka dan jawab
segala maklum balas mereka. Nanti anda akan lihat jualan produk anda meningkat!
![]() |
| Teruskan belajar ilmu bisnes online |
Ada lagi rupanya yang masih confuse apa beza dropship, agen dan stokis. JOM saya kongsi sikit apa beza 3 kategori ini secara general.
Biasanya HQ masing-masing ada
bagi reward yang merupakan subject to change, bergantung pada produk
masing-masing.
====
Harap perkongsian simple ni membantu kawan-kawan yang sedang
terkapai-kapai nak mula bisnes sempena tahun baru 2021 yang sudah tak lama
lagi.
Mungkin ada sikit perbezaan
antara produk dan jenama mengikut founder dan management masing-masing. Ini
hanya panduan yang general.
Tanamkan dalam fikiran, nak mulakan bisnes tak semestinya
ada modal banyak. Modal yang paling penting, modal diri kita dan ilmu.
![]() |
Pada era media sosial begini menjual produk wanita sudah menjadi kemestian kepada banyak usahawan internet.
Ini kerana di lapangan
internet kuasa beli wanita sangat tinggi sesuai dengan keinginan mereka yang
suka berbelanja. Kita lihat sahaja di mana-mana platform media sosial produk
wanita sentiasa mempunyai pasaran dan permintaan yang besar..
Kita ambil contoh dalam
aspek jualan produk kecantikan.
Apabila menjual produk
kecantikan wanita lebih mudah melakukan pembelian sehingga ada yang menjadi
pelanggan tetap sesuatu produk atau jenama.
Inilah kuasa beli
wanita berbanding lelaki.
Wanita akan sentiasa
membeli produk kecantikan. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri
mereka supaya membeli (fitrah)
Namun isu ini bukan
mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual
produk lelaki lain pula ragamnya.
Orang lelaki jika berbelanja
(mereka yang berkemampuan) mereka akan
pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk
itu tidak masuk akal.
Jadi sebelum anda
memulakan perniagaan pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.
Di pentas online anda
perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.
Terlalu banyak aspek
yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi
bisnes anda.
Selamat berbisnes dan
teruskan menjual produk wanita.
![]() |
| Jual produk wanita di media sosial |
1. Jika anda masih belajar di kolej atau universiti cuba elakkan untuk ada boyfriend sebaliknya cuba anda buat kerja part time atau buat bisnes online.
2. Perlu rancang apa akan jadi selepas graduasi nanti. Sudah banyak wanita yang berjaya dalam bisnes online dan menjadi jutawan. Mereka rancang kejayaan mereka sejak awal lagi.
3. Mana-mana gadis yang asyik berpoya-poya semasa belajar di universiti selalunya kehidupan mereka serabut. Simpanan tak ada, bisnes tak ada dan akhirnya mereka menyesal kemudian hari dan terpaksa pula berkahwin dengan mana-mana jantan yang tak ada masa depan. Oh elakkan perkara begini terjadi.
4. Jika anda sudah dapat tawaran belajar pastikan belajar sungguh-sungguh dan tambah skill semasa belajar di universiti. Pergi kelas kewangan, bisnes, belajar jadi agent takaful atau unit trust dan apa-apa bidang bisnes yang baik. Masa terluang anda boleh cari pendapatan dengan bekerja secara part time. Kedai potostat pun ok. Belajar cari wang sendiri.
5. Gadis-gadis yang masih belajar juga boleh cuba jual pelbagai produk semasa belajar di universiti. Belajar jual tudung, jual kain, jual top up dan sebagainya. Anggap ini ialah matapelajaran tambahan yang boleh tambah kemahiran hidup.
6. Duit PTPTN yang ada jangan pula dibelanja untuk boyfriend hidung belang, jangan pula asyik keluar dengan jantan tak guna yang asyik nak habiskan wang anda. Jika jantan ajak belanja starbucks jangan sesekali ikut. Anda perlu pertahankan wang anda dan maruah anda. Jangan jadi gadis yang suka ikut cakap jantan tak guna.
7. Belajarlah simpan duit dan selalu buat duit. Jika anda ada perangai boros yang susah nak hilang apa kata anda letakkan duit anda di akaun bank dalam bentuk fix deposit, atau bagi pada ibu bapa anda untuk mereka simpan. Utamakan ibu bapa daripada utamakan boyfriend tak guna. Belum tentu lagi kita akan kahwin dengannya. Selalunya jika bercinta bagai nak rak semasa di universiti tetapi akhirnya jodoh dengan orang lain. Itu biasa sebab nama pun jodoh!
![]() |
| Biar orang lain sibuk couple kita pulak sibuk cari duit |
Zaman sekarang siapa ada kepakaran dan pandai pula menjual kepakarannya pasti dihujungnya dia akan dapat hasil.
Walaupun semasa kita belajar di kolej atau universiti kepakaran kita sudah tentu dalam bidang yang kita ambil tetapi percayalah dengan kepakaran itulah kita boleh buat duit.
Ada kawan saya dia belajar kejuruteraan mekanikal semasa di universiti tetapi semasa belajar lagi dia sudah buat kelas tuisyen.
Dia sendiri pergi cari maklumat dia mana kelas tuisyen yang perlukan pelajar dan mula bekerja di pusat tuisyen itu.
Selepas dia pandai selok belok tuisyen, bergraduan maka dia terus jadi cikgu tuisyen sepenuh masa dengan mengajar pelajarnya secara home tutor.
Pendapatannya memang boleh tampung kehidupannya dan dia selesa dengan cara itu. Dia berhenti kerja sebagai jurutera sebab mahukan kebebasan masa.
Cuba lihat semula apa kepakaran yang kita ada dan mula jana pendapatan dengan kepakaran itu.
Ada orang kepakarannya ialah menjual dan dia selesa sekali menjadi jurujual kepada produk terkenal. Sudah tentu jika dia bersungguh dia akan dapat jana pendapatan luar biasa dengan kerjayanya itu.
Jika kita ada kepakaran tertentu kita boleh mula buat duit. Jika kita sudah ada kerjaya dan mahu tambah pendapatan kerana gaji kita tidak cukup maka kita boleh mula fikirkan apa kepakaran yang kita boleh tawarkan kepada pelanggan.
Setiap manusia boleh menjadi pakar bidang dengan berusaha bersungguh-sungguh terhadap perkara yang dia minati. Jika anda minat kepada topik-topik tertentu anda boleh belajar dengan menyertai kursus dan dapatkan ilmu tersebut untuk anda jana wang suatu masa nanti.
Ada kawan saya yang belajar kejuruteraan elektrik semasa di universiti dan menjadi jurutera. Kerana sudah berkahwin dan perlu cari wang yang banyak dia melakukan kerja wiring pada hujung minggu dan dia juga pandai repair pelbagai barang elektrik.
Jadinya servid itu yang ditawarkan kepada pelanggan pada hujung minggu dan pelanggannya tidak putus-putus selepas dia iklankan servisnya di media sosial.
Setiap orang pasti ada hobinya sendiri dan anda boleh gunakan hobi anda itu untuk jana wang. Zaman digital sekarang semua orang boleh cari pelanggan dengan mudah di media sosial.
Lihat semula apakah perkara yang anda mahir dan mula tawar kemahiran anda itu kepada pelanggan itu jana pendapatan. Selamat mencuba!
![]() |
| Cari wang banyak-banyak sampai bertimbun harta tiada siapa nak marah |
![]() |
| Jadi influencer dan mulakan bisnes tudung anda |
1. Supaya kita dapat jana pendapatan pastikan kita bijak uruskan masa kita. Semua orang ada masa 24 jam, jika pandai uruskan masa pasti kita boleh buat duit lebih. Masa itu kan duit. Tak boleh kita bazir masa asyik layan drama cinta, korea dan netflix, melayang duit.
2. Jika sekarang gaji kita kecil pastikan kita rancang supaya kita ada pendapatan dengan berniaga online. Shoppe ada, lazada ada, corousell ada, macam-macam platform ada untuk jika jual produk secara online. Nak jual terus dalam media sosial pun boleh. Buat apa nak malu.
3. Seandainya tak pandai berniaga online kita cari mentor, pergi kursus berbayar yang murah dan mampu bayar. Kita bina networking dengan orang yang panda menjual secara online. Berniaga online tak perlukan ilmu teknikal, kita bukan nak jadi web developer. Kita nak duit untuk simpanan kecemasan.
4. Jika kewangan kita belum stabil jangan fikir nak kawin dulu. Kumpul duit dulu supaya kita tak menyesal kemudian hari. Kos belanja sekarang bukan sedikit. Jika tinggal di kota besar gaji TIGA RIBU belum tentu cukup untuk kita hidup. Tapi kalau dah gatal sangat memang tak boleh nak tolong.
5. Berniaga online lebih mudah sebab lepas kita habis kerja kita dapat fokus untuk dapatkan pelanggan dalam smartphone kita.
6.Jika kita pelajar universiti atau kolej jangan sibuk cari pakwe, makwe. Lebih baik masa lapang kita berniaga. Simpan duit banyak-banyak supaya kita dapat bantu ibu bapa yang dah habis gadai masa tenaga supaya kita belajar pandai-pandai.
7. Kalau nak cari makwe atau pakwe jugak biar dua-dua pandai cari duit. Biar dua-dua ada matlamat kewangan yang jelas. Jangan seorang sahaja ada seorang lagi tau perabis duit. Lama-lama kita boleh jadi gila.
8. Suami isteri yang masih struggle cari duit lebih terus usaha. Buat pendapatan tambahan dengan berniaga. Jika suami nak berhenti kerja dan mulakan bisnes online jangan bagi dulu. Biar salah seorang ada kerja dahulu supaya ada pendapatan tetap. Kalau pendapatan berniaga online dah stabil nak pecat bos dalam tempoh 24 jam pun boleh.
9. Kepada yang nak mulakan bisnes pertama jangan risau jika gagal. Apa yang penting lepas gagal cuba lagi dan lagi. Kita tak tau bisnes apa yang sesuai dengan kita sehingga kita betul-betul jumpa bisnes yang datangkan duit. Jangan pinjam buat bisnes dengan loan peribadi bank, jangan pinjam along, jangan pinjam duit adik beradik. Semua itu jangan kita buat. Kita bermula dengan modal yang kita ada. Bawah ringgit satu ribu pun ok asalkan kita mulakan bisnes. Ayuh jom kita berusaha tingkat ekonomi keluarga.
![]() |
| Tak tau nak jual produk apa pergi pejabat pos laju tanya orang kaunter produk apa orang selalu pos |