EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Tabung Kemahiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Kemahiran. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2020

Bagaimana Jana Wang Dengan Kepakaran Diri Sendiri

Zaman sekarang siapa ada kepakaran dan pandai pula menjual kepakarannya pasti dihujungnya dia akan dapat hasil.

Walaupun semasa kita belajar di kolej atau universiti kepakaran kita sudah tentu dalam bidang yang kita ambil tetapi percayalah dengan kepakaran itulah kita boleh buat duit.

Ada kawan saya dia belajar kejuruteraan mekanikal semasa di universiti tetapi semasa belajar lagi dia sudah buat kelas tuisyen. 

Dia sendiri pergi cari maklumat dia mana kelas tuisyen yang perlukan pelajar dan mula bekerja di pusat tuisyen itu. 

Selepas dia pandai selok belok tuisyen, bergraduan maka dia terus jadi cikgu tuisyen sepenuh masa dengan mengajar pelajarnya secara home tutor.

Pendapatannya memang boleh tampung kehidupannya dan dia selesa dengan cara itu. Dia berhenti kerja sebagai jurutera sebab mahukan kebebasan masa.

Cuba lihat semula apa kepakaran yang kita ada dan mula jana pendapatan dengan kepakaran itu.

Ada orang kepakarannya ialah menjual dan dia selesa sekali menjadi jurujual kepada produk terkenal. Sudah tentu jika dia bersungguh dia akan dapat jana pendapatan luar biasa dengan kerjayanya itu.

Jika kita ada kepakaran tertentu kita boleh mula buat duit. Jika kita sudah ada kerjaya dan mahu tambah pendapatan kerana gaji kita tidak cukup maka kita boleh mula fikirkan apa kepakaran yang kita boleh tawarkan kepada pelanggan.

Setiap manusia boleh menjadi pakar bidang dengan berusaha bersungguh-sungguh terhadap perkara yang dia minati. Jika anda minat kepada topik-topik tertentu anda boleh belajar dengan menyertai kursus dan dapatkan ilmu tersebut untuk anda jana wang suatu masa nanti.

Ada kawan saya yang belajar kejuruteraan elektrik semasa di universiti dan menjadi jurutera. Kerana sudah berkahwin dan perlu cari wang yang banyak dia melakukan kerja wiring pada hujung minggu dan dia juga pandai repair pelbagai barang elektrik. 

Jadinya servid itu yang ditawarkan kepada pelanggan pada hujung minggu dan pelanggannya tidak putus-putus selepas dia iklankan servisnya di media sosial.

Setiap orang pasti ada hobinya sendiri dan anda boleh gunakan hobi anda itu untuk jana wang. Zaman digital sekarang semua orang boleh cari pelanggan dengan mudah di media sosial. 

Lihat semula apakah perkara yang anda mahir dan mula tawar kemahiran anda itu kepada pelanggan itu jana pendapatan. Selamat mencuba!

Cari wang banyak-banyak sampai bertimbun harta tiada siapa nak marah