EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Perlindungan Takaful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlindungan Takaful. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2015

Cara Memulakan Perniagaan Tudung

Memulakan perniagaan tudung sangat mudah kerana trend tudung/shawl sentiasa berubah dan wanita sentiasa mahukannya. 

Salah satu cara memulakan perniagaan tudung ialah dengan memborong tudung di pusat borong sekitar Kuala Lumpur. 

Lokasinya terdapat banyak di Masjid India atau Jalan Tar. 

Namun sekiranya anda tinggal berjauhan dengan lokasi borong anda boleh membeli pelbagai jenis tudung secara online dengan konsep borong dan kemudian menjualnya.

Menanti utk dijual

Mulakan bisnes tudung anda

Begitu banyak tudung di pasaran

Terdapat banyak usahawan tudung yang menjual secara online di media sosial. Apa yang anda perlu tahu ialah bagaimana untuk turut serta menjual.

Anda ingin menjadi agent dropship kami? whatsapp 013-3006437.

Sabtu, 5 September 2015

Orang Bisnes Perlu Ada Perlindungan Takaful

Saya mahu cerita sikit berkenaan kisah saya dengan Takaful. 

Pada tahun lepas anak saya yang sulung berumur satu tahun lebih demam, seperti biasa saya dan isteri pergi ke Hospital Umra seksyen 13 Shah Alam untuk dapatkan rawatan. Doktor check punya check akhirnya doktor kata tekak anak saya sudah merah kerana jangkitan kuman. Kata doktor 'awak pergilah warded anak awak ke hospital. 

Saya kata kepada isteri, kalau kita bawa anak kita ke hospital kerajaan sah kena beratur panjang sampai ke petang dan mana mungkin mereka nak masukkan anak kita ke wad. Sebab orang yang menunggu untuk warded lebih utama daripada anak kita! Kami buntu.