EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Seni Follow Up Pelanggan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seni Follow Up Pelanggan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2016

Tip Jual Tudung Kepada Wanita

Orang perempuan memang suka kena puji.

Jadi apabila kita jual produk yang berkaitan dengan wanita jangan lupa puji mereka.

Bila dia kena puji memang dia suka.

Senyum sampai ke malam.

Masa itu senang kita nak jual tudung kita.

Contoh dia,

" Puan kalau ambil tudung bawal color merah sesuai sangat dengan muka puan. Muka puan pun cantik "

" Saya puji usaha puan beli borong tudung chiffon, dah la color yang puan pilih cantik-cantik. Senang nanti nak jual "

" Ramai yang saya jumpa takut nak beli borong, saya kagum dengan puan semangat nak mula bisnes. Lagipun modal mula bisnes tudung pun rendah. Berbalai dengan duit puan "

Bagi pujian sampai dia teringat-teringat.

Ok sekarang pergi jual tudung cepat.

Puji pelanggan sebab pandai pilih color cantik

Puji pelanggan sebab ada usaha nak beli untuk mak, adik, kakak





Selasa, 12 April 2016

Ejen Dropship Tudung Bawal Crepe

Apakah itu ejen dropship?

Seperti yang kita tahu ejen dropship ialah mereka yang menjadi seorang ejen kepada sesuatu syarikat dengan mendapat komisyen terhadap barang yang mereka promosi atau jualkan.

Katakan anda menjadi ejen dropship tudung bawal crepe, maka anda perlu jual tudung bawal crepe kepada sasaran pelanggan anda. 

Tugas anda cuma menjual, menjual, menjual.

Tugas syarikat yang anda wakili pula ialah memastikan barangan tadi dibungkus dan sebagainya.

Isnin, 1 Februari 2016

Mudahnya Bisnes Tudung

Bisnes tudung adalah bisnes yang mudah dilakukan. Tudung boleh diletakkan dalam sektor bisnes keperluan (tudung mampu milik) yang boleh bertahan lama dalam pasaran.

Jika kita pergi ke blog atau Facebook page, kita boleh lihat begitu ramai usahawan tudung online yang menjual pelbagai jenis tudung.

Selasa, 19 Januari 2016

Belajar Bisnes Online Dengan Yuran Rendah

Saya dan isteri mendapat banyak feedback daripada mereka yang berminat menjalankan bisnes online. Ada antara mereka yang menyatakan minat belajar bisnes tudung online. Ada juga yang berminat belajar bagaimana menjual pelbagai produk.

Kami tahu terdapat ramai di luar sana yang mahu menjana pendapatan daripada internet dan kami tahu ada yang tidak mampu membayar yuran dengan harga yang ada di pasaran. Jadi kami buka sesi ini kepada anda yang berminat untuk belajar.

Jadi sebagai langkah mudah dan efisien saya mahu menjemput anda untuk belajar bisnes online bersama saya dan isteri saya di group whatsapp dan group facebook dengan yuran yang rendah iaitu sebanayak rm40 sahaja (per head). Murah bukan?

Ahad, 13 Disember 2015

Pentingnya Follow Up Pelanggan

'Oklah nanti saya beritahu kalau saya nak'.

'Saya belum dapat gaji, nanti dapat gaji saya beli produk awak'.

'Saya berminat dengan produk awak, nanti saya beli'.

Banyak lagi ayat-ayat seperti ini yang kita pernah dengar daripada bakal pelanggan kita di whatsapp atau di mana-mana ruang menjual media sosial yang kita gunakan.