Sebenarnya memang betul, buat bisnes tudung sangat mudah sebab kita cuma perlu menjual secara online sahaja dan kerap melakukan promosi.
Lebih menarik sebab harga tudung yang kita boleh jual pun mampu milik. Jadinya memang sangat mudah untuk kita buat jualan dan dapatkan wang.
Siapa yang tidak kenal dengan tudung. Di sana sini kita lihat ada banyak jenis tudung yang dipakai orang sekeliling kita.
Apa yang kita perlukan ialah skill mengambil gambar yang cantik dan pandai promosi tudung yang kita jual di media sosial. Dan berita menariknya ialah perkara ini kita boleh belajar sehingga kita mahir.
Jika kita mahu untung yang lebih kita boleh jual tudung brand kita sendiri dengan tambah sahaja label pada tudung yang sudah siap.
Mudah bukan? Jika ada modal yang besar kita boleh pilih kain tudung yang kita suka dan positionkan tudung kita sebagai tudung premium.
Ada banyak strategi yang kita boleh lakukan dengan bisnes tudung. Walaupun pemain bisnes tudung sangat banyak di luar sana, peluang kita berjaya dengan bisnes tudung sangat besar.
Jika kita lihat di luar sana, ada sahaja bisnes tudung yang baru setahun jagung tetapi banyak jutawan tudung berjaya dilahirkan.
Sebab itu apabila terlalu banyak pesaing tudung itu bermakna market produk itu sangat besar dan kita boleh masuk menjadi 'pemain' dalam bidang itu.
Bisnes tudung yang mudah ialah kita menjual tudung yang memang tinggi permintaannya. Sebagai contoh tudung bawal yang sentiasa menjadi kegemaran pelajar sekolah, kolej dan universiti. Dengan market ini pun kita makan tak habis.
Market inilah yang suka membeli di media sosial dan akan menjadi duta bisnes kita apabila kita dapat memenuhi permintaan mereka di media sosial. Bisnes tudung juga sudah menjadi lifesytle dalam kalangan anak muda yang mahu cari duit poket.
Jadi apa tunggu lagi, anda sudah mulakan bisnes tudung anda? Jom bermula dan rancang perjalanan bisnes tudung anda bermula hari ini.

