EBOOK BESTSELLER

Isnin, 28 November 2022

100 helai tudung bawal cotton hanya RM360

Jika anda buka tiktok di mana-mana sahaja terdapat seller yang menjual tudung. Mereka kreatif dengan menggayakan tutorial tudung dan melakukan kempen pemasaran dengan buat kempen LIVE setiap hari.

Jika anda mencari tudung bawal cotton di tiktok anda akan jumpa banyak seller yang menjual tudung bawal kosong jenis ini.

Harga yang mereka jual pula serendah RM5-10 harga runcit. Disebabkan harga yang dijual seller ini amat murah maka ramai pembeli yang membeli tudung mereka.

Walaupun pesaing ramai tetapi market tudung jenis ini sangat besar. Memang menjualnya sangat mudah dan mereka yang mahukan tudung jenis ini sangat ramai di luar sana.

Senang cerita market tudung jenis ini sentiasa evergreen dan bertahan lama dalam pasaran.

Saya syorkan kepada anda yang mahu menjual tudung jenis ini terus segera borong dengan kami sebab 100 helai cuma RM360 sahaja termasuk pos ke sabah dan sarawak.

Color yang kami berikan color nude color secara random yang mempunyai permintaan tinggi.

Borong segera dengan whatsapp 011-11797445. Anda taip sahaja 'MAHU BAWAL RANDOM COLOR  RM360'.


Jumaat, 4 November 2022

Cara Jual Live Tudung di Tik Tok

Ramai orang yang berjaya jual produk mereka di tik tok dan selalu kita lihat senangnya mereka menjual.

Tetapi apabila kita pula yang menjual kita mudah putus asa dan merasakan buat live di tik tok tidak sesuai untuk diri kita.

Sebenarnya mereka yang tidak berjaya pada awalnya dulu mereka tidak putus asa.

Apabila kali pertama buat live seorang dua sahaja yang lihat mereka membebel depan kamera.

Tetapi apabila terus konsisten selama beminggu, berbulan barulah mula ada pelanggan.

Hanya resipi tidak putus asa sahaja yang membezakan untuk diri kita berjaya.

Kepada anda yang sedang berjuang teruskan perjuangan anda dan jangan putus asa ok.

Fokus pada satu produk dahulu dan terus konsisten buat live pada disiplin yang tinggi.

Jumaat, 14 Oktober 2022

Konten Apa Nak Buat Jika Anda Jual Tudung?

Sekiranya anda menjual tudung di media sosial seperti tiktok anda perlu tahu konten apa yang anda mahu berikan kepada audien anda.

Banyak usahawan tudung terus menerus buat video menjual tudung kepada audien mereka di tiktok. Cara ini tidak salah tetapi kurang berkesan.

Cara yang berkesan ialah anda perlu buat video konten yang orang suka tengok setiap hari. Contohnya konten lawak rumahtangga, konten bagaimana sebagai suri rumah menjaga anak di rumah, konten lucu dan sebagainya.

Jika tiada idea anda boleh buat video berkenaan apa kepakaran anda. Jika pandai memasak anda boleh buat banyak konten memasak pelbagai resipi.

Jika anda pelajar universiti anda boleh buat konten-konten ragam pelajar universiti di kelas, ragam pelajar universiti di rumah sewa, ragam anda sendiri dengan kawan-kawan sebagai pelajar universiti dan sebagainya.

Dengan membina konten sebegini anda sebenarnya sedang membina followers anda sendiri dan followers anda inilah yang suatu masa nanti akan support dan beli produk anda.

Kenal Ryan Bakery? Influencer terkenal di tiktok dengan followers 3 juta orang? Anda pergi tiktok beliau dan lihat bagaimana video beliau berinteraksi dengan penonton beliau.

Dapatkan idea-idea dengan melihat konten orang lain dan cipta video original anda sendiri dengan gaya anda sendiri.

Memang bukan senang mahu buat konten yang Fyp atau views yang ramai. Tetapi jika anda konsisten dan terus pandang ke hadapan anda akan jumpa forte atau kelebihan anda dalam penghasilan video.

Selamat mencuba dan terus berjuang kawan-kawan.



Isnin, 30 Mei 2022

Produk Murah Tak Apa Asalkan ''presentation' mahal

Tidak mengapa jika produk yang kita jual murah. Jika produk yang kita jual murah 'presentation' semasa kita menjual produk itu perlu mahal.

Jika anda berjaya sentuh emosi pelanggan maka produk anda akan berjaya dijual.

Apabila anda pandai edit video dengan cantik dan ada value maka pelanggan tidak kisah untuk berbelanja lebih.

Apa yang mustahak ialah bagaimana anda menjual idea kreatif anda supaya dibeli oleh pelanggan.

Bisnes tudung ialah bisnes menjual kecantikan. Biar tudung anda borong 'harga pasar malam' tetapi jika anda bijak anda boleh menjualnya pada harga butik.

Dengan bisnes tudung anda boleh dapatkan keuntungan yang cepat sekiranya anda mahir bab yang saya tuliskan di atas.

Anda boleh!

Ahad, 29 Mei 2022

Pelanggan Memilih Produk Murah

 Apa kategori pelanggan anda?

Pelanggan golongan T20?

Pelanggan golongan M40?

Atau pelanggan golongan B40?

Jika boleh sudah tentu kita mahukan pelanggan kaya beli produk kita.

Untuk sampai tahap itu kita perlu kenal pelanggan yang boleh datangkan duit segera kepada kita.

Jual dahulu produk murah-murah kerana semua golongan di atas mahukan produk murah.

Siapa tak mahu beli barang murah?

Dapat sesuatu?

Belajar Cara Edit Video Tiktok Untuk Edit Video Tudung

Untuk cepat dapat sales tudung anda boleh belajar cara edit video tiktok menggunakan capcut atau edit video simple tetapi boleh reach audien yang tinggi di tiktok.

Sekarang banyak seller tudung yang buat banyak jualan hanya dengan menggunakan tiktok.

Di youtube atau tiktok sendiri anda boleh cari video tutorial untuk belajar edit video simple dan 'menjual'.

Luangkan masa anda untuk belajar bagaimana menjual tudung di aplikasi tiktok kerana dengan adanya kuasa digital anda boleh jana pendapatan yang lumayan.

Yang faham dia akan faham. Yang tidak faham anda boleh belajar lagi dengan membaca hampir 300 artikel pendek saya di dalam blog ini.

Selamat membaca!!



Jika anda Cantik Menawan Seperti Model

 Jika anda cantik menawan seperti model dan jelitawan apa kata anda jual tudung dan promosikan di akaun media sosial.

Sangat untung jadi orang cantik. Sudahlah cantik ramai pula follower. Ada pula akaun tiktok. Terus kebabom sales tudung dalam masa setahun.

Bukanlah maksud saya orang yang mukanya biasa-biasa tidak boleh jual tudung. Malah ramai yang jadi jutawan dengan tudung walaupun mereka hanya orang biasa.

Cuma apa yang saya nak cakap ialah ramai wanita cantik di luar sana yang tidak tahu bisnes apa mereka boleh ceburi. 

Jika tanya saya, masuk sahaja bisnes tudung. Lilit sana lilit sini dan jadi model muslimah. Selamat berjaya!!