EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Perintah Kawalan Pergerakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perintah Kawalan Pergerakan. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2020

New Normal Akibat Wabak Covid-19 di Malaysia Kepada Bisnes

Wabak covid-19 telah memberi kesan kepada bisnes terutama kepada peniaga kecil. Mereka sudah tidak boleh berniaga.

Sebagai contoh, mereka yang berniaga di premis bangunan komersial, pasar malam dan sebagainya sudah tidak dapat beroperasi sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Keadaan ini sudah tentu membawa kerugian yang banyak kepada peniaga jika bisnes mereka hanya bergantung kepada bisnes cara lama iaitu bisnes yang beroperasi cuma di premis atau kedai mereka sahaja.

Tetapi kepada pemilik bisnes yang sudah beralih kepada digital platform sudah tentu bisnes mereka masih dapat diselamatkan.

Ini kerana bisnes online boleh dilakukan di dalam rumah . Apa yang diperlukan ialah ilmu menguasai bisnes online supaya bisnes dapat dipertahankan.

Sudah tentu PKP yang dilakukan kerajaan menyebabkan rakyat banyak berbelanja secara online. Ini menyebabkan banyak peniaga online akan mendapat keuntungan dan sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.

Lihat sahaja di group whatsapp, telegram, e-commerce dan sebagainya banyak produk dapat dijual dengan mudah dan cepat.

Ramadan hampir tiba, apakah produk yang anda boleh jual sempena ramadan nanti? itu tanyalah diri anda sendiri.

Di sebalik wabak covid-19 yang melanda negara sudah tentu new normal yang berlaku kepada usahawan menyebabkan proses memandaikan rakyat kearah dunia digital dapat dipercepatkan.

New normal bisnes sudah berlaku di Malaysia akibat wabak covid-19. Bersediakah kita apabila pada masa depan kita semua perlu berkurung di rumah dalam tempoh yang lebih lama?


Mulakan apa sahaja bisnes dalam rumah untuk survive