EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Tabung Azam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Azam. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2021

Pentingnya Ada Matlamat Dalam Bisnes Mengikut Tempoh Masa

Dalam bisnes yang kita ceburi sudah tentu kita perlu ada matlamat yang mahu dicapai. Matlamat seseorang sudah tentu berbeza dengan matlamat orang lain. Matlamat yang kita mahu capai mestilah boleh diukur dengan kadar masa.

Kebiasaannya mereka yang bertahan lama dalam bisnes ialah mereka yang ada passion dan sabar dengan matlamat jangka masa panjang yang mereka tetapkan. 

Katakan contoh masa untuk kita rancang kita berjaya dalam bidang kita ceburi ialah tiga tahun. Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah kita perlu berusaha dan tidak putus asa.

Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah kita akan direject, rasa putus asa, rasa down sangat sampai nak give up, tetapi disebabkan kita passion dan perlu bersabar dalam tempoh tiga tahun jadi kita teruskan juga berusaha dalam tempoh yang kita tetapkan.

Sebab itu jika kita sabar dalam tempoh itu, kejayaan yang kita tunggu dan berusaha untuk mencapainya akan kita dapat juga pada akhirnya.

Cuba kita lihat usahawan yang berjaya, mereka ada passion dan tahap kesabaran kepada matlamat yang sudah ditetapkan berkadar tempoh masa.

Cuba kita lihat matlamat kita pula dalam bisnes. Berapa tempoh masa yang kita letakkan untuk kita berjaya. Tiga tahun? lima tahun? 10 tahun?

Katakan kita punya matlamat dalam bisnes tudung dalam masa tiga tahun ialah kita akan berjaya untuk ada simpanan sebanyak 50 ribu.

Jadi dalam masa tiga tahun kita mesti dapatkan 50 ribu tersebut walaupun usaha kita dicemari kata-kata toksik daripada kawan kita, kita diperli, dihina dan sebagainya tetapi kita kekal dengan matlamat yang telah kita tetapkan.

Jadi dalam tempoh tiga tahun itulah proses yang akan kita lalui walaupun mungkin kita rasa 'boleh ke aku buat benda ni".

'Boleh ke aku dapat kumpul 50 ribu dalam masa tiga tahun, aku nak beli barang RM20 pun tak ada duit'.

Ingat, kita sudahpun letak matlamat dalam diri kita. Apa yang kita mahu sudahpun kita rancang daripada awal. Kerja kita cuma melalui sahaja rintangan dan onak berduri yang melanda. Jika kita lakukan proses ini selama tiga tahun yang kita telah tetapkan tadi, ketahuilah bahawa kejayaan sudahpun menanti diri kita. Tahniah.



Sabtu, 19 Jun 2021

Pilih Kaya Atau Miskin

1. Kita jadi miskin apabila dapat sahaja gaji terus kita belanja duit gaji kita tanpa menyimpan terlebih dahulu. 

2. Orang kaya dia simpan duit gajinya terlebih dahulu kemudian baru belanja. 

3. Orang kaya dia fikir bagaimana mahu bagi duit masuk ke dalam akaun banknya, apabila duitnya terkeluar daripada bank cepat-cepat dia cari jalan supaya akaun banknya kembali stabil.

4.  Orang kaya dia tahu berjimat dan apa yang dibelanjakan setiap hari, setiap sen yang keluar dia kira dan buat rekod perbelanjaan.

5. Anak muda selalu tewas dengan duit belanja, apa produk yang hype dan trending mereka cepat sambar, mereka tidak tahu bahawa pentingnya menjaga aliran tunai.

6. Hati-hati anak muda, masa anda memang masih panjang tetapi jika anda tidak merancang awal maka anda akan rugi banyak wang.

#Simpanbarubelanja

#Pilihjadikaya

#Sesiapapunbolehjadikaya

Rabu, 21 April 2021

Join Telegram Tudung Segak Wholesale!

Kami tahu banyak pelanggan kami yang lakukan pembelian tudung dengan semata-mata melihat kepada media sosial instagram kami.

Namun banyak juga pelanggan kami yang mahu kami segera update apa stok terkini yang terdapat dalam simpanan kami dan bertanya banyak soalan di whatsapp berkaitan tudung borong.

Tahniah anda memang usahawan tudung yang kental dan sentiasa mencari peluang untuk menambah income di musim covid-19 ini.

Disebabkan kami menerima banyak tempahan tudung daripada pelanggan akibat musim covid-19 yang masih belum reda kami mahu ajak anda dan rakan anda untuk join group telegram tudung kami.

Di sana kami akan letakkan produk tudung yang available untuk anda beli. Untuk memudahkan anda lihat stok tudung yang available kami akan poskan segala maklumat terkini di situ.

Rabu, 10 Mac 2021

Fokus Jual Satu Jenis Tudung Sahaja

Jika anda benar-benar mahu fokus dalam bisnes tudung kami cadangkan anda jadi specialist dalam satu jenis tudung sahaja iaitu tudung bawal cotton atau dikenali sebagai tudung kosong.

Ini kerana potensi tudung ini sangat besar kerana market pelanggan yang memakai tudung ini besar dan pelanggan yang membeli tudung ini kebanyakan anak muda remaja yang berada di media sosial seperti instagram dan tiktok.

Kebanyakan anak muda yang berada di isntagram atau tiktok sangat mudah untuk membeli kerana mereka memerlukan produk yang mereka boleh beli berulang kali sebab harga tudung kosong sangat murah.

Dengan serendah RM10 sahaja pelanggan anda boleh buat bayaran online kepada anda.

Cuba anda buka instagram atau shoppe dan tiktok, anda akan dapati berlambak peniaga yang menjual tudung kosong dan anda jangan risau semakin banyak pesaing maknanya pelanggan yang anda boleh reach sangat besar.

Sangat mudah sebenarnya untuk anda close pelanggan anda supaya membeli produk anda. 

Apabila anda gunakan intagram anda perlukan gambar yang cantik dan model tudung yang cantik sahaja. Jika tiada model pun anda boleh gunakan patung tudung.

Perkara yang mustahak dalam seni jual tudung ialah gambar yang cantik. Ya itu sahaja. 

Di instagram anda pun tahu bahawa remaja atau anak muda berkumpul di sana dan mereka sentiasa mencari produk yang harganya mampu milik dan nampak stylish.

Fokus jual tudung kosong sahaja dan anda boleh dapat pendapatan yang lumayan dengan fokus kepada satu jenis tudung sahaja.

Banyak peniaga tudung yang tewas dalam bisnes tudung kerana mereka mahu jual semua jenis tudung dan akhirnya mereka tidak dapat kawal bisnes mereka kerana terlampau banyak tudung yang mereka mahu jual.

Fokus jual satu jenis sahaja supaya orang atau pelanggan nampak apakah kepakaran anda dalam bisnes tudung.

Jumaat, 29 Januari 2021

Rezeki Bukan Sekadar Wang Ringgit

Dalam banyak-banyak pembaca yang membaca tulisan ini sudah tentu ada yang sukar menyimpan wang walaupun RM50 sebulan dalam akaun bank.

Duit yang ada hanya cukup-cukup untuk pendidikan anak, bayar sewa rumah, bayar bil air dan api serta membeli barang keperluan dapur.

Akhirnya setiap bulan hidup yang anda rasai ialah cukup-cukup makan sahaja. Dalam kesempitan yang anda alami anda juga berjaya harungi hidup anda itu dan tidak meminta-minta kepada orang lain.

Tetapi ketahuilah bahawa rezeki yang anda ada bukanlah cuma wang ringgit. Jika anda lihat dalam konsep yang lebih luas anda masih mempunyai tubuh badan yang sihat, keluarga bahagia dan anak-anak yang membesar dengan gembira dan masih mempunyai pekerjaaan.

Berapa ramai orang yang kerjaya bagus dan bergaji besar dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Kita perlu bersyukur walaupun pekerjaan kita biasa sahaja tetapi kita masih mempunyai gaji.

Rezeki setiap orang tidak sama, ada antara kita yang mempunyai wang ringgit yang banyak tetapi mereka tiada anak, ada yang mempunyai wang ringgit yang banyak tetapi setiap bulan perlu dapatkan rawatan hospital untuk kos rawatan sakit kanser.

Memiliki keluarga yang gembira adalah rezeki,

Memiliki suami dan isteri yang bertanggungjawab adalah rezeki,

Memiliki rumah kediaman yang kecil adalah rezeki,

Memiliki kesihatan yang baik adalah rezeki yang tidak ternilai harganya,

Memiliki pekerjaan adalah rezeki,

Memiliki anak soleh solehah adalah rezeki,

Rezeki bukan sekadar wang ringgit tetapi pandanglah konsep rezeki dengan mata hati yang lebih luas.






Jumaat, 1 Januari 2021

6 Tip Mulakan Bisnes Tudung Dengan Betul

 1. MULAKAN DENGAN MODAL RENDAH. Boleh borong sekodi dulu iaitu 20 pcs tudung kemudian jual di media sosial yang anda tahu. Ada banyak platform jualan, anda boleh terus menjual. Shoppe ada, Lazada ada, instagram ada, facebook ada, sekarang TIKTOK pula yang sedang meningkat naik. Selain berhibur di Tiktok apa kata anda bisnes tudung di situ.

2. FOKUS. Lihat tudung apa yang anda mahu fokuskan untuk jual. Ada banyak pilihan tudung. Jadi anda perlu fokus.

3. BE STRONG. Jangan cepat putus asa sekiranya sales anda perlahan, semua orang merasainya. Anda perlu kuat dan memahami potensi diri anda dan produk anda.

4. SERVICES. Sediakan perkhidmatan pelanggan dengan baik. Setiap pertanyaan pelanggan anda perlu jawab dan sentiasa muliakan pelanggan. Servis anda mesti tip top supaya pelanggan anda tadi boleh jadi 'agent' jualan anda. Apabila mereka gembira mereka akan sebarkan nama kedai anda kepada sahabat mereka.

5. GRAB THE CHANCE. Jangan biarkan peluang terlepas begitu sahaja. Anda perlu ambil peluang yang terhidang sekarang kerana semua orang menjual secara online. Pandemik Covid-19 dijangka akan terus berlarutan dan sebenarnya ini ialah peluang yang baik anda mulakan bisnes jika anda pandang daripada sudut positif.

6. GENEROUS. Jangan kedekut untuk membantu orang lain. Lagi ramai orang yang anda bantu rezeki anda akan bertambah dan anda akan rasa bahagia.

Azam Tahun Baru 2021

 Baru sebentar tadi saya dengar bunyi mercun di luar rumah menandakan tahun baru 2021 sudah bermula dan berakhir sudah perjalanan 365 hari kita pada tahun 2020.

Kepada anda yang sudah mencapai impian anda pada tahun 2020 tahniah saya ucapkan. Kepada anda yang masih kejar impian saya ucapkan selamat terus berusaha.

Semoga impian yang anda kejar pada tahun 2021 ini tercapai. Jika anda mempunyai apa sahaja impian terus catatkan pada kertas A4 atau anda tulis dalam buku. Buku itu anda namakan BUKU IMPIAN. Apa sahaja matlamat yang anda mahu capai anda tulis dalam buku itu.

Selamat tahun baru 2021!

Semoga azam tahun baru 2021 menjadi kenyataan