EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Pakej Bisnes Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakej Bisnes Tudung. Papar semua catatan

Selasa, 19 Januari 2021

Pakej PKP New Bizz

 Untuk anda yang mahu mulakan bisnes tudung kami lancarkan pakej ini. Kombinasi bawal cotton voile color pastel gojess, melting dan laris hanya RM89 sahaja untuk lokasi semenanjung plus free pos semenanjung.

Untuk 20 orang yang order anda layak menerima FREE GIFT dua helai tudung daripada SEGAKWHOLESALE.

Layari instagram kami di SEGAKWHOLESALE sekarang!!

Modal Mula Bisnes Tudung Cuma RM59!

Kami tahu ramai diluar sana yang sedang mencuba menjual pelbagai produk untuk mencari pendapatan tambahan akibat pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan seluruh dunia.

Jadinya kami di SEGAKWHOLESALE mahu berikan berita gembira buat anda yang mahu mulakan bisnes tudung dengan harga mampu milik!

Jangan risau dengan pesaing tudung yang banyak di platform online kerana apabila banyak pesaing maka banyaklah pelanggan yang bersedia untuk menyambar produk anda nanti.

Kami berani cakap, sebenarnya tudung ialah produk yang mudah dijual di platform online dan permintaannya semakin hari semakin tinggi.

Modal mula bisnes tudung yang kami tawarkan serendah RM59 untuk anda dapatkan 10 helai tudung bawal jenis  cotton Adelia dan Zulaikha. 

Anda boleh pilih color tudung apa yang anda mahu. Jika anda join member SEGAKWHOLESALE anda layak dapat harga serendah RM55 sahaja untuk 10 helai tudung Adelia ataupun Zulaikha.

Whatsapp kami di 010-227437 sekarang!



Sabtu, 15 September 2018

Borong Tudung Murah Online dan Berkualiti

Di borong bawal online kami sentiasa menerima banyak pelanggan yang mahu memudahkan urusan mereka memborong tudung secara online.

Anda tidak perlu bersusah payah borong tudung sendiri kerana semua itu memerlukan anda mengeluarkan kos.

Kos pengangkutan seperti minyak kereta, tol, bayaran parking dan sebagainya boleh menyebabkan bajet anda lari.

Kami mempunyai banyak pelanggan yang menjadikan bisnes tudung secara bisnes sambilan mereka kerana mereka ada kerjaya masing-masing dan mereka cuma membeli secara online sahaja daripada kami.

Ada dalam kalangan pelanggan kami yang merupakan cikgu sekolah, kerani, jururawat, penjawat awam, pelajar universiti sehinggalah budak sekolah yang membeli terus daripada kami dengan menekan butang whatsapp. Mudah bukan?

Ahad, 22 Julai 2018

Pemilik Butik Pun Borong Tudung di Jalan Tar Kuala Lumpur

Kenapa bila kita cakap tudung ni tudung Jalan Tar, terus segelintir orang ni akan fikir; kualiti murah, tak elok.

Low class sangat ye tudung Jalan Tar?

Sedangkan awak tak tahu dekat Jalan Tar tu lah ramai selebriti dan butik-butik yang ambil stok dari situ dan letak label mereka sendiri, lepas tu bila dah dijenamakan, orang ingat tudung paling berkualiti tinggi.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa selebriti dan pemilik-pemilik butik.

Di kawasan situ jugalah butik Bawal Exclusive mula beroperasi awal-awal dulu dan banyak lagi jenama-jenama terkenal.

Jadi jangan fikir tudung Jalan Tar tu semuanya tudung untuk orang kurang berduit yang tak mampu je okay.

Dan jangan beranggapan tudung di situ hanya sesuai diborong oleh peniaga-peniaga pasar malam saja.

Saya tak nafikan ada juga tudung yang kurang bagus kualitinya, tapi masih sangat banyak yang kualiti betul-betul menjangkaui harga.

Jadi usah prejudis dengan nama "Tudung Jalan Tar".

Jom berkawan dengan saya di facebook jom. Klik Julida Zaini

Ni saya founder Borong Bawal Online

Selasa, 17 Julai 2018

Borong Tudung Bawal Satin Laser Cut yang Sedang Trending di Pasaran 2018



Seandainya anda baru berjinak dalam dunia perniagaan tudung ketahuilah bahawa seandainya anda terus menjual tudung yang trending dan mengikut pasaran semasa maka perniagaan anda akan mampu bertahan.

Ini kerana sebagai usahawan tudung mahu tidak mahu kita perlu mengikut permintaan pasaran.

Sekarang tudung bawal satin laser cut pula yang trending di pasaran.

Di sana sini orang ramai mula menjual tudung bawal satin laser cut kerana dengan menjual tudung yang masih hot di pasaran mereka boleh mengaut keuntungan yang lebih.

Jadinya di sini saya listkan kelebihan anda menjual tudung bawal satin laser cut yang sedang trending itu.


1. Bawal satin laser cut dgn potongan laser di bahagian tepi

2. Hot selling n repeat order

3. Material kami jual jenis satin cantik, tebal dan mudah bentuk.

4. Warna cantik yg hot selling

5. Bidang 45 dan 60

6. Borong minimum 10 helai

7. Exclusive dan premium quality


Taburan manik indah berseri


Anggun digayakan muslimah 

Exclusive dan berkualiti

Whatsapp ke 011 11467437 untuk buat pilihan color

Rabu, 15 November 2017

AWAK ! SAYA DAH JUMPA BAWAL COTTON PLAIN YANG CANTIK TAU!

KAIN KEMAS, MUDAH BENTUK, TERLETAK, TAK LEMBIK, TAK NIPIS & BEST SANGAT KALAU LETAK MANIK ATAU DIY !
.
MAHAL???
TAK LAH AWAK...
.
.
RM6 SEHELAI
RM6 SEHELAI
RM6 SEHELAI
.
.
SERIUSSS !!!
.
AWAK NAK CUBA TAK?

AWAK BOLEH JUAL SEMULA PADA HARGA LEBIH MAHAL ATAU KALAU AWAK RAJIN BUAT MANIK TABUR AWAK BOLEH JUAL SAMPAI HARGA RM15 SEHELAI.

UNTUNG KAN AWAK??

BOOKING CEPAT SEBELU HARGA DINAIKKAN!!

WHATSAPP TERUS NOMBOR TIM KAMI DI 011-11467437









Rabu, 18 Januari 2017

Borong Shawl Chiffon Berkualiti dan Dijamin Best

Shawl chiffon material dijamin best cam shawl berjenama! Pakai memang segak!

Borong 10pcs

RM7 sehelai

Postage
RM12 SM/ RM16 SS

Whatsapp 011-11467437

#borongbawalonline

@tudung.segak
#shawlchiffon #borongshawlchiffon

Borong segera kerana stok sentiasa berubah-ubah. Terima kasih.

Borong pelbagai warna dan jual!

Isnin, 16 Januari 2017

Tak Berani Keluar Modal Buat Bisnes Tudung Tapi Nak Berniaga Tudung

Biasanya untuk peniaga tudung yang baru nak mulakan bisnes mereka takut nak keluarkan modal untuk borong tudung.

Mereka kurang keyakinan dan takut-takut jika tudung yang mereka beli tidak habis dijual.

Namun kepada peniaga atau usahawan yang sudah bersedia mereka tidak takut dengan risiko.

Kami Galakkan Anda Berbisnes Tudung Kerana Modalnya Kecil

Siapa sahaja dapat memulakan bisnes tudung. Modal yang kecil dan pemintaan tinggi menyebabkan usahawan tudung tumbuh bagai cendawan.

Di mana-mana sahaja kita dapat lihat peniaga tudung yang aktif berbisnes.

Salah satu sebab mudahnya berniaga atau borong tudung ialah harga tudung yang murah apabila kita memborong. 

Dengan harga borong tudung serendah RM100 kita dapat membeli 20 helai tudung. Bermakna sehelai tudung berharga RM5.

Ada pelanggan BBO yang dahunya borong tudung sekodi-sekodi dahulu.

Lama-kelamaan apabila jualan tudungnya meningkat beliau mampu memborong lebih banyak.

Mulakan bisnes tudung kerana modalnya kecil dan hasilnya menguntungkan.

Tambahan pula tudung tidak busuk, basi dan ada tarikh luput.

Mulakan dengan harga borong sekodi di BBO

Kami galakkan anda berbisnes tudung keran pasaran tudung sentiasa besar




Mengapa Menjual Tudung Berjenama Mudah Pikat Pelanggan Beli Produk Kita

Seperti yang kita tahu apabila sesuatu produk tudung itu berjenama maknanya aktiviti marketing jenama tudung itu kuat.

Produknya terkenal dan orang ramai bercakap-cakap mengenai jenama tudung itu.

Jadi sebagai orang bisnes rugilah jika kita tidak ambil peluang untuk menjual tudung yang berjenama.

Jenama tudung yang bagus ialah jenama tudung sentiasa buat kempen marketing di tv, radio, televisyen dan sebagainya.

Jumaat, 13 Januari 2017

Bagaimana Menjadi Pemborong Online - Rahsia Berniaga Online

Selalu kita fikir apabila mahu menjual produk di internet kita fikirkan bagaimana nak jual produk kepada pengguna akhir.

Satu model bisnes internet yang bagus ialah kita boleh jadi pemborong iatitu kita boleh jual produk kepada usahawan internet.

Rabu, 11 Januari 2017

Pergi Jalan Tar dan Belajar Borong Tudung Sendiri

Sekiranya anda baru bermula dalam bisnes tudung saya amat galakkan anda untuk borong tudung sendiri di Jalan Tar dan rasai sendiri bagaimana untuk deal harga dengan pemborong tudung di sana.

Sudah tentu apabila anda memborong tudung dalam kuantiti yang banyak anda akan dapat harga sedikit murah.

Apa yang penting anda sendiri rasai bagaimana mahu memulakan bisnes tudung dengan merasai pengalaman yang berharga ini.

Di setiap lorong Jalan Tar atau Masjid India ialah lubuk anda untuk dapatkan kepercayaan pembekal.

Dengan banyaknya kedai tudung yang ada di sana anda boleh kumpul nombor pemborong tudung dan belajar bagaimana mereka menjalankan bisnes tudung.

Sekiranya anda mempunyai banyak kenalan bisnes inilah masanya anda berpakat dengan kenalan anda utuk memborong lebih banyak tudung dan membuka lebih banyak channel jualan.

Next topik kita akan kupas bagaimana sebagai orang yang baru bermula dalam bisnes tudung anda dapat menjual banyak-banyak tudung.

Stay tuned.

Selamat memborong!

Selepas pergi Jalan Tar anda akan mula gatal tangan nak menjual

Rambang mata woi

Borong dengan BBO TEXTILE pun boleh

Borong dan buka channel anda sendiri

Siapa nak belajar bisnes dengan admin?

Borong Tudung Jalan Masjid India Pada Harga Murah

Kebiasaannya memang murah harga tudung di Jalan Masjid India atau Jalan Tar. Di kiri kanan jalan berdekatan dengan Semua House anda akan jumpa banyak kedai borong tudung Pakistan yang menjual pelbagai jenis tudung.

Jika anda beli tudung di kawasan sekitar Masjid India dan Jalan Tar pada harga runcit anda boleh dapat tudung pada harga yang murah. Kebiasaannya tudung trend terbaru pun harganya RM10-15 sehelai.

Itu harga untuk jualan runcit.

Geng Suri Rumah - Belajar Berniaga Online Untuk Tambah Pendapatan

Geng suri rumah sudah tentu sibuk menjaga anak di rumah sambil melayan kerenah anak yang pelbagai.

Namun tidak boleh alasan menjaga anak menyebabkan anda tidak boleh berbisnes online.

Dengan zaman ekonomi mencabar ini anda perlu bantu suami meningkatkan pendapatan keluarga.

Rahsia Jual Tudung Online - Cari Model Cantik

Jika anda sudah putuskan mahu menjual tudung secara online rancang strategi menjual anda dengan betul.

Salah satu rahsia menjual tudung online ialah kita perlu tahu bagaimana mengajak pembaca kita suka dengan konten yang kita tulis.

Katakan kita pandai menulis di fb jadi gunakan kemahiran menulis kita di facebook sehingga kita mampu bina ramai pengikut yang suka membaca perkembangan tulisan kita.

Selasa, 10 Januari 2017

Pucci Cantik-Cantik Jual Mahal Pun Orang Beli

Memang betul untuk market jualan online ada antara penjual tudung yang jual tudung pucci sehingga RM25 sehelai atau 3 helai RM50. 

Perniagaan online sememangnya menguntungkan penjual.

Namun dengan kos menggunakan model yang cantik maka berbaloi dengan hasil usaha penjual. Banyak kos yang dilaburkan oleh penjual maka tidak hairanlah mereka dapatkan menaikkan harga dan seterusnya menikmati keuntungan.

Jadi kepada anda mahu mula berniaga tudung adakah anda sudah mempunyai strategi jualan? atau anda tetap mahu jual tudung seperti kaedah lama iaitu jual murah-murah sampai diri sendiri tak lepas nak  survive.

Kami di BBO TEXTILE sentiasa menawarkan tudung kepada anda pada harga rendah.

Dan sebenarnya anda yang untung kepada dapat menjual tudung pada harga yang bagus.

Kita menang sama-sama. Kita kalah sama-sama.

Selamat berjuang.

Borong pucci terkini whatsapp 011-11467437 (Puan Julida)

Bagaimana Mahu Jual Tudung Pada Harga Mahal - Ada Untung Lar

Ok begini.

Saya baru sahaja kenal pasti beberapa blog yang berjaya menjual tudung pada harga tinggi.

Perkara yang blog itu lakukan ialah,

1. Gunakan model yang cantik - model gayakan tudung dengan pelbagai gaya.

2. Setiap belian pelanggan dapat gunakan model kita -  bermakna apabila pelanggan beli tudung kita mereka boleh gunakan gambar model kita tanpa kita 'watermark' gambar tersebut.

3. Belian mesti 10 pcs dan ke atas - baru ada untung

4. Jenamakan blog supaya nampak menarik - seperti gunakan nama yang ada perkataan boutique. Sebagai contoh Fatimah-Boutique ke, Delima-Boutique atau apa sahaja yang anda fikirkan bersesuaian.

Nak lagi tips? Selalu follow blog ini dan jangan lupa ajak kawan-kawan baca sekali. Bye.

Jual tudung mesti la customer nak pic cantik-cantik

Memulakan Perniagaan Internet Sempena Azam Baru 2017

Tentunya dunia internet adalah dunia yang mana anda boleh bersembunyi dengannya.

Ya ramai orang yang bekerja makan gaji sambil mereka bekerja mereka masih dapat melakukan bisnes online untuk menjana pendapatan tambahan.

Sudah tentu mereka menjumpai cara yang betul untuk menjalankan bisnes online.

Jadi sebagai seorang yang mahu menjana pendapatan tambahan dengan bisnes online anda mesti mempunyai mindset yang betul sebagai seorang usahawan supaya anda dapat mengurangkan kesilapan apabila berniaga.

Muka Tak Lawa Bukan Masalah Menjadi Peniaga Tudung

Dalam bisnes tudung yang menentukan jualan tudung laku atau tidak bukan bergantung kepada peniaga tudung yang bermuka lawa.
Mula lawa bukan jaminan menjadi peniaga tudung yang berjaya.

Percayakah anda ada ramai peniaga tudung di luar sana yang muka mereka biasa-biasa sahaja namun jualan tudung mereka sangat 'lawa'.

Mereka itulah peniaga tudung yang bijak menggunakan 'muka lawa-lawa' model tudung untuk menjadi cover model tudung mereka.

Mereka bayar sahajalah model itu bayaran 'lawa' itu.

Mereka bayar sahajalah juruphoto dengan bayaran yang mahal-mahal.

Jadi apa yang kami mahu cakap ialah mahu jadi peniaga tudung tidak perlu pun anda menjadi cantik seperti heroin pangako sayo!

Admin nak cari model tudung yang cantik. Ada tak yang nak jadi model?

Tip Jual Tudung di Kawasan Kampung - Rahsia Buat Duit

Jika anda tinggal di kawasan kampung atau pinggir bandar sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi apabila anda mahu memulakan bisnes tudung.

Ini kerana di kawasan kampung atau pinggir bandar banyak orang yang memerlukan tudung terkini yang masih belum trending di kawasan mereka.

Kita ambil contoh sekiranya anda tinggal di kawasan utara seperti di Pulau Pinang.