EBOOK BESTSELLER

Isnin, 16 Januari 2017

Tak Berani Keluar Modal Buat Bisnes Tudung Tapi Nak Berniaga Tudung

Biasanya untuk peniaga tudung yang baru nak mulakan bisnes mereka takut nak keluarkan modal untuk borong tudung.

Mereka kurang keyakinan dan takut-takut jika tudung yang mereka beli tidak habis dijual.

Namun kepada peniaga atau usahawan yang sudah bersedia mereka tidak takut dengan risiko.

Memang dunia bisnes adalah dunia risiko. Ada yang tidak berjaya dalam bisnes pertama mereka cuba lagi, apabila tidak berjaya mereka cuba lagi. 

Dalam bisnes bakar duit perkara biasa. Asalkan jumlah modal yang dibakar tidak besar memang tiada masalah untuk terus bangkit seandainya tidak berjaya dalam bisnes pertama dan seterusnya.

Bisnes tudung pun begitu. Apabila borong tudung dan tudung tidak habis dijual peniaga mesti ada cara bagaimana nak kurangkan risiko kerugian.

Peniaga yang tidak putus asa akan terus lakukan aktiviti jualan, marketing dan berusaha mencari peluang-peluang baru.

Sebab itulah peniaga yang bijak mereka cari pelanggan dahulu barulah mereka borong tudung yang pelanggan mahukan.

Setiap cara dan teknik ada kelebihan dan kekurangan.

Kita cuba sahaja mana cara yang kita sesuai. Apabila tidak sesuai kita ubah teknik dan cara sampai berjaya.

Sebab itulah kami di BBO akan terus menyumbang konten-konten yang dapat membantu anda menjual tudung.

Berani keluarkan modal dan selamat datang ke dunia bisnes tudung.
Setiap bisnes ada modalnya

Borong sikit-sikit dulu baru tambah stok

Borong serendah modal RM100 pun cukup






Tiada ulasan:

Catat Ulasan