Kepakaran kami ialah supply tudung bawal kosong jenis cotton. Whatsapp +6011-11797445. Borong bawal cotton 100 pcs RM360 sahaja. Segera bertindak!
Ahad, 31 Januari 2021
Tips Bisnes Tudung Online Yang Ramai Tak Tahu
Khamis, 31 Disember 2020
Jadikan Influencer Sebagai Alat Marketing Untuk Bisnes Tudung
Jika anda lihat di instagram terdapat banyak penjual tudung yang melantik influencer atau diri mereka sendiri yang sudahkan famous sebagai influencer.
Jika anda seorang wanita dan sudah berjaya mempunyai follower yang ramai di instagram atau alat sosial media yang lain seperti TikTok anda tidak perlu risau lagi berkenaan jualan tudung anda.
Kebanyakan influencer yang terkenal atau mempunyai banyak follower menjadi duta produk atau mereka ambil untuk review produk daripada syarikat yang mahukan servis mereka.
Sekiranya anda masih baru dalam bisnes tudung dan tidak mempunyai follower yang ramai saya sangat galakkan anda ambil servis instafamous supaya mereka boleh review produk tudung anda.
Ada instafamous yang tidak kenakan bayaran yang mahal jika anda bijak survey harga yang mereka tawarkan.
Sekiranya anda adalah seorang influenver di media sosial saya sangat galakkan anda untuk cuba memulakan bisnes tudung sebab market di media sosial sangat besar.
![]() |
| Bayar influencer supaya jualan tudung anda laju di media sosial |
Jumaat, 6 November 2020
Bagaimana Cantikkan Gambar Produk di Instagram
Apabila gambar produk anda di instagram cantik dan menawan sudah tentu semakin banyak follower akan ikut instagram anda dan semakin anda berpeluang untuk dapatkan jualan.
Sudah tentu brand produk anda juga akan dikenali dan menjadi perhatian pengikut anda. Instagram adalah platform yang sinonim dengan gambar yang cantik dan menarik.
Jadinya apabila anda mahu menjual produk di instagram apa yang anda perlukan ialah gambar yang cantik kerana manusia berkumpul di instagram sebab mahu melihat gambar yang cantik.
Jika anda lihat brand-brand besar international pun menggunakan instagram untuk memberi brand aweness kepada pelanggan mereka.
Jika brand besar pun turut serta dalam marketing di instagram maka kita juga perlu lakukan perkara yang sama. Tiru sahaja cara mereka yang berjaya maka kita sudah satu langkah ke hadapan.
Bagaimana mahu cantikkan gambar di intagram, ikut tips ini :
1. Elakkan ambil gambar di kawasan gelap.
2. Letakkan satu subjek untuk difokuskan di bahagian tengah kerana ia lebih baik daripada mengambil gambar secara random.
3. Lihat contoh pesaing anda, gambar mereka cantik maka gambar di wall instagram anda mesti setanding atau lebih cantik daripada pesaing.
4. Gunakan apps khas untuk edit photo anda. Antara yang mudah digunakan ialah apps VSCO. Terdapat banyak lagi apps yang anda boleh cuba dan explore di dalam google playstore. Pastikan apps yang anda guna itu sesuai dengan produk yang anda jual. Try and error sahaja supaya anda puas hati dengan editing gambar yang anda lakukan.
5. Tips tambahan, anda jangan lupa untuk hashtag nama produk anda di instagram, buat hashtag yang mudah muncul di instagram supaya mudah pelanggan jumpa produk yang anda jual. Sebenarnya sangat mudah menjual di instagram jika anda rajin lakukan promosi dan letak gambar-gambar cantik. Cubalah.
Jika anda ada bajet yang banyak apa kata anda invest dengan mengambil photographer profesional kerana mereka boleh sediakan banyak konten gambar yang cantik kepada anda. Jika berbaloi pulangan yang anda akan dapat nanti tidak salah jika anda ambil risiko.
![]() |
| Pastikan gambar instagram anda mempunyai nilai kualiti yang tinggi |


