Kesan daripada pandemik Covid-19 dan akibat daripada arahan kerajaan yang mengarahkan mereka yang terlibat supaya kerja daripada rumah menyebabkan norma baru ini perlu diterima oleh semua pihak.
Akibatnya landskap perniagaan berubah dan banyak sekali kita dapat lihat mereka yang berniaga secara direct atau offline mula mengalihkan bisnes mereka kepada dunia digital atau online business.
Sudah tentu persaingan menjadi semakin sengit, tapi manfaatnya ialah sudah tentu pelanggan yang mahu membeli secara online menjadi terlalu ramai dan memudahkan anda menjual apa sahaja produk online.
