EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Gadis Cantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadis Cantik. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2020

7 Pesanan Untuk Gadis-Gadis Cantik di Luar Sana

1. Jika anda masih belajar di kolej atau universiti cuba elakkan untuk ada boyfriend sebaliknya cuba anda buat kerja part time atau buat bisnes online.

2. Perlu rancang apa akan jadi selepas graduasi nanti. Sudah banyak wanita yang berjaya dalam bisnes online dan menjadi jutawan. Mereka rancang kejayaan mereka sejak awal lagi.

3. Mana-mana gadis yang asyik berpoya-poya semasa belajar di universiti selalunya kehidupan mereka serabut. Simpanan tak ada, bisnes tak ada dan akhirnya mereka menyesal kemudian hari dan terpaksa pula berkahwin dengan mana-mana jantan yang tak ada masa depan. Oh elakkan perkara begini terjadi.

4. Jika anda sudah dapat tawaran belajar pastikan belajar sungguh-sungguh dan tambah skill semasa belajar di universiti. Pergi kelas kewangan, bisnes, belajar jadi agent takaful atau unit trust dan apa-apa bidang bisnes yang baik. Masa terluang anda boleh cari pendapatan dengan bekerja secara part time. Kedai potostat pun ok. Belajar cari wang sendiri.

5. Gadis-gadis yang masih belajar juga boleh cuba jual pelbagai produk semasa belajar di universiti. Belajar jual tudung, jual kain, jual top up dan sebagainya. Anggap ini ialah matapelajaran tambahan yang boleh tambah kemahiran hidup.

6. Duit PTPTN yang ada jangan pula dibelanja untuk boyfriend hidung belang, jangan pula asyik keluar dengan jantan tak guna yang asyik nak habiskan wang anda. Jika jantan ajak belanja starbucks jangan sesekali ikut. Anda perlu pertahankan wang anda dan maruah anda. Jangan jadi gadis yang suka ikut cakap jantan tak guna.

7. Belajarlah simpan duit dan selalu buat duit. Jika anda ada perangai boros yang susah nak hilang apa kata anda letakkan duit anda di akaun bank dalam bentuk fix deposit, atau bagi pada ibu bapa anda untuk mereka simpan. Utamakan ibu bapa daripada utamakan boyfriend tak guna. Belum tentu lagi kita akan kahwin dengannya. Selalunya jika bercinta bagai nak rak semasa di universiti tetapi akhirnya jodoh dengan orang lain. Itu biasa sebab nama pun jodoh!

Biar orang lain sibuk couple kita pulak sibuk cari duit