Kenapa bila kita cakap tudung ni tudung Jalan Tar, terus segelintir orang ni akan fikir; kualiti murah, tak elok.
Low class sangat ye tudung Jalan Tar?
Sedangkan awak tak tahu dekat Jalan Tar tu lah ramai selebriti dan butik-butik yang ambil stok dari situ dan letak label mereka sendiri, lepas tu bila dah dijenamakan, orang ingat tudung paling berkualiti tinggi.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa selebriti dan pemilik-pemilik butik.
Di kawasan situ jugalah butik Bawal Exclusive mula beroperasi awal-awal dulu dan banyak lagi jenama-jenama terkenal.
Jadi jangan fikir tudung Jalan Tar tu semuanya tudung untuk orang kurang berduit yang tak mampu je okay.
Dan jangan beranggapan tudung di situ hanya sesuai diborong oleh peniaga-peniaga pasar malam saja.
Saya tak nafikan ada juga tudung yang kurang bagus kualitinya, tapi masih sangat banyak yang kualiti betul-betul menjangkaui harga.
Jadi usah prejudis dengan nama "Tudung Jalan Tar".
Jom berkawan dengan saya di facebook jom. Klik Julida Zaini
![]() |
| Ni saya founder Borong Bawal Online |



