EBOOK BESTSELLER

Isnin, 16 Januari 2017

Jual Tudung Secara Jalanan

Sebagai seorang penjual tudung di pasar malam, event-vent mahupun karnival mahu tidak mahu kita perlu bekerja keras untuk berniaga.

Setiap hari kita perlu berniaga tudung. Jika tidak berniaga tiada sales, apabila tiada sales cashflow atau aliran tunai duit bisnes terkecik dan akhirnya kita mati di pasar malam.

Inilah hakikat orang bisnes yang berniaga tudung secara bergerak.

Selain itu, sebagai orang bisnes yang menjual tudung kita perlu bijak bermain dengan trend tudung kerana trend tudung sentiasa berubah. Apabila trend tudung berubah demand pelanggan berubah. Apabila demand pelanggan berubah kita perlu sentiasa memenuhi keinginan fesyen tudung mereka.

Berniaga tudung termasuk dalam industri fesyen. Jadi kita perlu arif dan peka dengan perkembangan fesyen tudung.

Kami mahu ceritakan kisah seorang pemuda berumur 30-an yang berniaga tudung di pasar malam di kawasan Bandar Jengka, Temerloh dan kawasan sekitar. Beliau seorang pemuda yang gigih menjual pelbagai jenis tudung.

Selepas borong pelbagai jenis tudung beliau bergerak dengan menjual di pasar-pasar malam sekitar Bandar Jengka dan Temerloh Pahang.

Kerjanya mudah saja iaitu panggil pelanggan selepas siap-siap susun tudung di tikar hamparan beliau. Beliau jual secara longgok sahaja. 

Dengan cara ini tudung yang beliau nampak murah. Lagipun dengan tudung berlonggok pelanggan jadi rambang mata mahu pilih.

Dengan harga jualan yang berpatutan dan beliau juga menjual beberapa jenis tudung berjenama maka pelanggan beliau semakin hari semakin ramai.

Inilah rahsia menjual tudung yang orang tidak nampak. Pemuda ini nampak peluang dan gunakan sebaiknya.

Apabila tiba musim gaji pemuda ini dapat jual tudung lebih banyak. 

Ikuti fb pemuda ini dan tiru gaya beliau berniaga. Follow tuan Azman.

Mula jual tudung dengan longgok saja

Tunggu pelanggan sampai

Gigih menjual tudung sampai semua jenis tudung pun dah hafal







Tiada ulasan:

Catat Ulasan