EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Nasihat Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat Kewangan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Oktober 2020

9 Nasihat Bagaimana Nak Jana Pendapatan Tambahan

1. Supaya kita dapat jana pendapatan pastikan kita bijak uruskan masa kita. Semua orang ada masa 24 jam, jika pandai uruskan masa pasti kita boleh buat duit lebih. Masa itu kan duit. Tak boleh kita bazir masa asyik layan drama cinta, korea dan netflix, melayang duit.

2. Jika sekarang gaji kita kecil pastikan kita rancang supaya kita ada pendapatan dengan berniaga online. Shoppe ada, lazada ada, corousell ada, macam-macam platform ada untuk jika jual produk secara online. Nak jual terus dalam media sosial pun boleh. Buat apa nak malu.

3. Seandainya tak pandai berniaga online kita cari mentor, pergi kursus berbayar yang murah dan mampu bayar. Kita bina networking dengan orang yang panda menjual secara online. Berniaga online tak perlukan ilmu teknikal, kita bukan nak jadi web developer. Kita nak duit untuk simpanan kecemasan.

4. Jika kewangan kita belum stabil jangan fikir nak kawin dulu. Kumpul duit dulu supaya kita tak menyesal kemudian hari. Kos belanja sekarang bukan sedikit. Jika tinggal di kota besar gaji TIGA RIBU belum tentu cukup untuk kita hidup. Tapi kalau dah gatal sangat memang tak boleh nak tolong.

5. Berniaga online lebih mudah sebab lepas kita habis kerja kita dapat fokus untuk dapatkan pelanggan dalam smartphone kita.

6.Jika kita pelajar universiti atau kolej jangan sibuk cari pakwe, makwe. Lebih baik masa lapang kita berniaga. Simpan duit banyak-banyak supaya kita dapat bantu ibu bapa yang dah habis gadai masa tenaga supaya kita belajar pandai-pandai. 

7. Kalau nak cari makwe atau pakwe jugak biar dua-dua pandai cari duit. Biar dua-dua ada matlamat kewangan yang jelas. Jangan seorang sahaja ada seorang lagi tau perabis duit. Lama-lama kita boleh jadi gila.

8. Suami isteri yang masih struggle cari duit lebih terus usaha. Buat pendapatan tambahan dengan berniaga. Jika suami nak berhenti kerja dan mulakan bisnes online jangan bagi dulu. Biar salah seorang ada kerja dahulu supaya ada pendapatan tetap. Kalau pendapatan berniaga online dah stabil nak pecat bos dalam tempoh 24 jam pun boleh. 

9. Kepada yang nak mulakan bisnes pertama jangan risau jika gagal. Apa yang penting lepas gagal cuba lagi dan lagi. Kita tak tau bisnes apa yang sesuai dengan kita sehingga kita betul-betul jumpa bisnes yang datangkan duit. Jangan pinjam buat bisnes dengan loan peribadi bank, jangan pinjam along, jangan pinjam duit adik beradik. Semua itu jangan kita buat. Kita bermula dengan modal yang kita ada. Bawah ringgit satu ribu pun ok asalkan kita mulakan bisnes. Ayuh jom kita berusaha tingkat ekonomi keluarga.

Tak tau nak jual produk apa pergi pejabat pos laju tanya orang kaunter produk apa orang selalu pos