EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Tabung Penulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Penulisan. Papar semua catatan

Khamis, 31 Disember 2020

Bina Follower di Media Sosial Sebagai Kolam Bisnes

 Mengumpul follower di media sosial bermakna anda selalu berkongsi sesuatu cerita atau tips berkenaan apa perkara yang anda pakar.

Jika anda lihat di media sosial seperti facebook terdapat banyak influencer yang mempunyai follower yang ramai.

Sebenarnya mereka lakukan cerita itu untuk dapatkan follower kemudian mudahlah mereka berkempen untuk menjual produk.

Menulis di media sosial mesti ada strategi. Mereka yang berjaya itu sudah tahu apa strategi yang mereka mahu gunakan dan konten apa yang follower mereka suka baca.

Ada influencer yang pandai menulis tips parenting dan kisah rumahtangga bersama anak-anak.

Ada influencer yang menulis tip bisnes dan marketing.

Ada influencer yang menulis tentang kerjaya.

Ada influencer yang menulis tentang topik kewangan.

Jika anda sebagai seorang penjual tudung apakah topik yang anda boleh tulis?

Hanya anda yang tahu kisah apa yang anda mahu tulis. Ingat jangan tulis topik yang anda syok sendiri. Tulislah perkara yang follower anda mahu baca.

Tulis cerita yang berimpak tinggi dan orang mahu share













Rabu, 28 Oktober 2020

Kemahiran Menulis Di Media Sosial Oleh Influencer

Seorang influencer di media sosial tahu konten atau penulisan jenis apakah yang disukai oleh para follower mereka.

Sebelum mereka menjadi influncer yang berjaya mereka sudah tetapkan apa positioning atau brand yang mereka bawa.

Ada influencer di media sosial yang pakar hal ehwal kewangan, bisnes dan pelbagai lagi niche atau bidang yang mereka kuasai dan mereka berkongsi bersama pembaca mereka.

Cuba anda fikir siapa mereka yang anda suka baca penulisannya di media sosial dan influencer itu ada beratus ribu follower. Pasti ada bukan?

Mereka tahu konten yang bagaimana akan di SHARE oleh follower mereka. Sebab itu follower seorang influencer akan bertambah setiap masa.

Akhirnya mereka akan digelar sebagai pakar dalam bidang yang mereka tulis dan sudah tentu apa sahaja produk atau servis yang mereka jual akan mendapat sambutan daripada follower mereka.

Namun adakah semua orang boleh menjadi influencer? Jawapannya sudah tentu boleh sekiranya anda tahu menggunakan kemahiran yang ada pada seorang influencer.

Setiap penulisan yang kita tulis mesti ada END GAME. 

Alang-alang kita menulis biar sampai jadi duit.

Jadi influencer  dan mulakan bisnes tudung anda