EBOOK BESTSELLER

Khamis, 31 Disember 2020

Bina Follower di Media Sosial Sebagai Kolam Bisnes

 Mengumpul follower di media sosial bermakna anda selalu berkongsi sesuatu cerita atau tips berkenaan apa perkara yang anda pakar.

Jika anda lihat di media sosial seperti facebook terdapat banyak influencer yang mempunyai follower yang ramai.

Sebenarnya mereka lakukan cerita itu untuk dapatkan follower kemudian mudahlah mereka berkempen untuk menjual produk.

Menulis di media sosial mesti ada strategi. Mereka yang berjaya itu sudah tahu apa strategi yang mereka mahu gunakan dan konten apa yang follower mereka suka baca.

Ada influencer yang pandai menulis tips parenting dan kisah rumahtangga bersama anak-anak.

Ada influencer yang menulis tip bisnes dan marketing.

Ada influencer yang menulis tentang kerjaya.

Ada influencer yang menulis tentang topik kewangan.

Jika anda sebagai seorang penjual tudung apakah topik yang anda boleh tulis?

Hanya anda yang tahu kisah apa yang anda mahu tulis. Ingat jangan tulis topik yang anda syok sendiri. Tulislah perkara yang follower anda mahu baca.

Tulis cerita yang berimpak tinggi dan orang mahu share













Tiada ulasan:

Catat Ulasan