EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Cerita Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Saya. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2018

Pemilik Butik Pun Borong Tudung di Jalan Tar Kuala Lumpur

Kenapa bila kita cakap tudung ni tudung Jalan Tar, terus segelintir orang ni akan fikir; kualiti murah, tak elok.

Low class sangat ye tudung Jalan Tar?

Sedangkan awak tak tahu dekat Jalan Tar tu lah ramai selebriti dan butik-butik yang ambil stok dari situ dan letak label mereka sendiri, lepas tu bila dah dijenamakan, orang ingat tudung paling berkualiti tinggi.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa selebriti dan pemilik-pemilik butik.

Di kawasan situ jugalah butik Bawal Exclusive mula beroperasi awal-awal dulu dan banyak lagi jenama-jenama terkenal.

Jadi jangan fikir tudung Jalan Tar tu semuanya tudung untuk orang kurang berduit yang tak mampu je okay.

Dan jangan beranggapan tudung di situ hanya sesuai diborong oleh peniaga-peniaga pasar malam saja.

Saya tak nafikan ada juga tudung yang kurang bagus kualitinya, tapi masih sangat banyak yang kualiti betul-betul menjangkaui harga.

Jadi usah prejudis dengan nama "Tudung Jalan Tar".

Jom berkawan dengan saya di facebook jom. Klik Julida Zaini

Ni saya founder Borong Bawal Online

Rabu, 8 Februari 2017

Kerjaya vs Bisnes Online

Empat tahun lepas saya dan isteri bekerja sebagai wartawan. Saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Kota Damansara dan isteri saya bekerja sebagai wartawan di syarikat penerbitan Karangkraf.

Memang hati saya membuak untuk memulakan bisnes online pada masa itu kerana minat saya yang mendalam pada perniagaan. Saya merasakan saya boleh berhenti kerja pada waktu itu untuk terus berjuang dalam bisnes tudung online.

Alhamdulillah pada masa saya bekerja memang saya sudah memulakan bisnes online sedikit demi sedikit. Saya rancang lebih awal supaya apabila saya sudah berhenti kerja nanti urusan saya menjual tudung lebih mudah kerana saya sudah mempunyai pelanggan sedia ada.

Sementara isteri saya masih bekerja sebagai wartawan di Karangkraf saya terus bekerja dari rumah dengan menjalankan perniagaan online.

Selepas setahun saya ajak isteri saya berhent kerja kerana saya perlukan bantuan isteri untuk handle pelanggan. Maklumlah pelanggan kebanyakan wanita jadi saya rasakan isteri saya lebih mudah tukar prospek menjadi pelanggan.

Sehingga kini selepas empat tahun dalam perniagaan tudung online kami masih dapat bertahan walaupun banyak onak duri apabila menjalankan bisnes tudung online.

Asalkan anda mempunyai ilmu yang betul anda akan dapat bertahan dan survive dalam pasaran. Ilmu perniagaan sangat penting dalam perniagaan kerana dengan adanya ilmu anda dapat 'hidup' semula walaupun anda jatuh teruk.

Inilah dunia bisnes.

Dunia bisnes adalahm dunia ilmu yang luas.

Teruskan impian anda tidak kira dalam dunia kerjaya atau bisnes!

Mahu belajar bisnes tudung online? Whatsapp 011-11467437



Selasa, 7 Februari 2017

Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Tudung Secara Runcit

Terdapat banyak cara mahu memulakan bisnes tudung secara runcit. Salah satu cara yang mudah ialah melalui pemasaran media sosial.

Selepas anda memborong tudung anda boleh ambil gambar stok tudung anda dan mula menjual kepada kawan-kawan di media sosial yang anda ada seperti Facebook, twitter, instagram, blog dan sebagainya.

Selain itu sekiranya anda seorang pekerja di sektor swasta atau kerajaan anda boleh menjual tudung kepada kenalan anda sewaktu masa rehat atau sewaktu tugasan anda berakhir. Cara ini banyak digunakan oleh pelanggan kami.

Sekiranya anda seorang pelajar kolej atau universiti menjual tudung ialah satu bisnes yang sangat mudah. Anda boleh menjualnya dengan melakukan pemasaran door to door. Cara ini dilakukan oleh pelanggan kami seorang pelajar Matrik Pulau Pinang yang menjual tudung sebanyak 30 helai dalam masa sehari! Mudah bukan? Rugi kan masa kita belajar kolej atau universiti waktu dulu kita tak jual tudung? haha

Kaedah di atas adalah cara mudah memulakan bisnes tudung secara runcit.

Seandainya anda sudah mempunyai premis atau kiosk maka lebih mudah anda menjual tudung secara runcit. Tapi untuk mempunyai premis atau kiosk sudah tentu anda perlu mengeluarkan banyak wang! Ini cara orang yang bermodal. Maka jika anda kurang modal atau baru memulakan bisnes jangan guna cara ini. Nanti anda mula nak fikir buat loan! Jangan!

Jika anda mahu borong tudung atau mahu bertanya apa sahaja soalan berkenaan bisnes tudung boleh pm saya Puan Julida. Klik nama saya yang warna merah untuk add friend saya di Facebook.

Kalau saya tak accept friend mohon whatsapp saya di 011-11467437.

Hubungi saya di 011-11467437 untuk urusan borong tudung 

Rabu, 11 Januari 2017

Tip Bagaimana Cikgu Dapat Menjual Tudung di Sekolah

Sebagai seorang guru dengan gaji tetap dan kos sara hidup yang meningkat sudah tentu anda memerlukan pendapatan tambahan untuk terus survive bersama keluarga tercinta.

Sebagai seorang peniaga tudung saya sangat galakkan anda untuk menjual pelbagai jenis tudung di sekolah.

Sudah tentu apabila mahu menjual produk di sekolah anda akan rasa diri sendiri kurang yakin dan terfikir, 'nanti apa cikgu lain akan cakap pasal diri aku'.

Selasa, 10 Januari 2017

Memulakan Perniagaan Internet Sempena Azam Baru 2017

Tentunya dunia internet adalah dunia yang mana anda boleh bersembunyi dengannya.

Ya ramai orang yang bekerja makan gaji sambil mereka bekerja mereka masih dapat melakukan bisnes online untuk menjana pendapatan tambahan.

Sudah tentu mereka menjumpai cara yang betul untuk menjalankan bisnes online.

Jadi sebagai seorang yang mahu menjana pendapatan tambahan dengan bisnes online anda mesti mempunyai mindset yang betul sebagai seorang usahawan supaya anda dapat mengurangkan kesilapan apabila berniaga.

Rabu, 13 April 2016

Selepas Graduate Harap Dapat Kerja Gaji Besar

Kebiasaannya apabila kita belajar di kolej atau universiti pasti kita terfikir produk apakah yang mudah dijual.

Kepada pelajar yang minatnya sangat terarah kepada bisnes pasti tidak senang duduk.

Otak laju berputar mahu jual produk apa. Semua yang mata lihat semua nampak duit.

Dahulu semasa saya belajar di UiTM Shah Alam saya dan rakan-rakan pernah berniaga nasi lemak pada waktu malam.

Jumaat, 15 Januari 2016

Mengapa Pelanggan Anda Terus Membeli Produk Anda Berkali-kali

Pernahkah dalam bisnes online anda pelanggan yang sama terus membeli produk anda berkali-kali? Mengapakah mereka melakukan demikian?

Antara sebab kuat mereka terus membeli produk anda secara berkali-kali adalah kerana mereka percaya dengan diri, servis dan bagaimana anda melayan mesej mereka dengan baik.

Namun perkara paling kuat yang mereka percaya adalah diri anda. Disebabkan diri anda mereka mahu membeli produk anda.

Pernahkah kerana anda percayakan seseorang maka anda dengan mudah membeli produk yang dijual oleh orang itu?

Rabu, 16 Disember 2015

Usahawan Berjuang vs Usahawan Wang

Manusia yang bekerja dengan kuat dan dorongannya lebih tertumpu kepada wang sangat berbeza dengan manusia yang kuat bekerja dan dorongannya tertumpu kepada objek bukan wang seperti kepuasan bekerja, minat dan semangat perjuangan. Manusia yang didorong oleh semangat bukan wang lebih mudah berjaya dan mencapai 'wang'.

Pesanan di atas kita perlu ingat betul-betul apabila menjalankan bisnes. Bisnes apa pun termasuk tudung.

Dalam perniagaan tudung jika kita terlalu mempromosikan perniagaan kita kepada orang lain tanpa mempunyai perjuangan seperti kepuasan bekerja, minat dan semangat perjuangan maka perniagaan akan gagal.

Ahad, 13 Disember 2015

Pentingnya Follow Up Pelanggan

'Oklah nanti saya beritahu kalau saya nak'.

'Saya belum dapat gaji, nanti dapat gaji saya beli produk awak'.

'Saya berminat dengan produk awak, nanti saya beli'.

Banyak lagi ayat-ayat seperti ini yang kita pernah dengar daripada bakal pelanggan kita di whatsapp atau di mana-mana ruang menjual media sosial yang kita gunakan.

Rabu, 9 Disember 2015

Memilih Produk Yang Mahu Djual Pada Zaman Ekonomi Muram

Tatkala ekonomi suram dan semakin banyak syarikat buang pekerja dan mengecilkan operasi syarikat inilah masa untuk anda tekad mulakan bisnes.

Masa yang ada tidak menunggu anda membuat keputusan, sebaliknya keputusan sudah terpaksa dilakukan.

Jadi persoalannya apakah bisnes yang boleh dibuat sewaktu ekonomi merudum?

Jumaat, 4 Disember 2015

Jual Tudung Dengan Tawaran Pakej

Sekiranya anda baru bermula dalam bisnes tudung tentu anda kurang arif bagaimana untuk menjual tudung dengan menggunakan tawaran-tawaran pakej tudung.

Sebagai usahawan tudung anda perlu kreatif menggunakan ayat jualan yang berkonsepkan pakej tudung.

Sekiranya anda kekal menjual menggunakan cara lama maka jualan tudung anda akan tidak mampu bertahan. Namun apabila anda sesuaikan dengan pakej-pakej tudung mengikut bulan, tahun dan sebagainya maka jualan tudung anda boleh bertahan dengan baik.

Jumaat, 27 November 2015

Semangat Gebu Memulakan Bisnes VS Ilmu Marketing Memulakan Bisnes

Selalu kita dengar orang yang baru balik daripada seminar motivasi bisnes yang semangatnya sedang mengebu-gebu mahu memulakan bisnes. Ada pula yang lakukan langkah drastik dengan berhenti kerja dan terus memulakan bisnes sendiri.

Semangat gebu memulakan bisnes belum cukup. Apa yang kita perlukan ialah semangat gebu belajar ilmu marketing atau orang sebut ilmu menjual.

Rabu, 18 November 2015

Pengaruh Model Tudung

Ramai orang suka meniru gaya model tudung yang cantik menggayakan tudung. Kebanyakan model cantik yang digunakan terdiri daripada artis. Mereka/pembeli suka meniru gaya tudung daripada model yang cantik kerana turut mahu sama kelihatan cantik.

Sekiranya ada model yang cantik dan hangat dalam pasaran menggayakan tudung maka berpusu-pusu orang ramai mahu membeli tudung yang digayakan oleh model itu. Mereka terikut-ikut dengan gaya pemakaian tudung itu kerana terpengaruh dengan cakap-cakap orang bahawa model itu cantik apabila mengenakan tudung itu.

Ahad, 18 Oktober 2015

Cara Memulakan Perniagaan Tudung

Memulakan perniagaan tudung sangat mudah kerana trend tudung/shawl sentiasa berubah dan wanita sentiasa mahukannya. 

Salah satu cara memulakan perniagaan tudung ialah dengan memborong tudung di pusat borong sekitar Kuala Lumpur. 

Lokasinya terdapat banyak di Masjid India atau Jalan Tar. 

Namun sekiranya anda tinggal berjauhan dengan lokasi borong anda boleh membeli pelbagai jenis tudung secara online dengan konsep borong dan kemudian menjualnya.

Menanti utk dijual

Mulakan bisnes tudung anda

Begitu banyak tudung di pasaran

Terdapat banyak usahawan tudung yang menjual secara online di media sosial. Apa yang anda perlu tahu ialah bagaimana untuk turut serta menjual.

Anda ingin menjadi agent dropship kami? whatsapp 013-3006437.

Jumaat, 2 Oktober 2015

Tudung di Jalan Tar Kuala Lumpur

Jika anda selalu berjalan ke Jalan Tar Kuala Lumpur pastinya anda di perasan tudung dan pakaian banyak terdapat di situ. Di sekeliling Jalan Tar atau Masjid India kesemuanya menjual tudung dan pakaian.

Untuk pengetahuan anda, di situlah lubuk duit untuk pemborong tudung dan pakaian. 

Pemborong tudung dan pakaian ini kebiasaannya akan memborong tudung dan pakaian dalam kuantiti yang besar dan menjualnya di luar kawasan Kuala Lumpur.

Pemborong Tudung Terbesar Jalan Tar

Jika anda mahu memborong pelbagai jenis tudung kini caranya sangat mudah. Anda hanya boleh google atau search di facebook page tudung mana yang anda mahu borong. Ya hanya di hujung jari saja pun anda boleh memborong. Terdapat ribuan seller tudung online menanti ketukan salam anda.

Borong tudung di Jalan Tar kini menjadi sangat mudah. Anda tidak perlu lagi pergi ke Jalan Tar yang sesak dan dipenuhi pelbagai ragam manusia. Apa yang anda perlu ada ialah wang untuk memborong tudung kepada pemborong yang anda percaya.

Mudahnya Menjual Tudung di Carboot Sales, Karnival, dan Sebagainya

Mulakan menjual tudung secara kecil-kecilan. Dalam data pelanggan kami yang memborong tudung kebanyakan mereka adalah terdiri daripada usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan. Mereka inilah yang membantu bisnes kami bertahan hingga kini.

Jika ditanya, tudung yang mereka borong itu dijual di mana, rata-rata mereka menjawab dijual di bazar-bazar, events, pasar malam, carboot sales dan sebagainya. Kekuatan jualan mereka adalah secara offline. Jika kami bertanya kepada mereka mengapa tidak jual secara secara online, mereka akan menjawab menjual secara online memerlukan ilmu jualan online yang pelbagai. Kata mereka bukan semua orang boleh menjual secara online.

Khamis, 17 September 2015

Borong Tudung dan Pakaian Jalan Tar

Jika anda kata di mana kami borong tudung?

Jawapannya ialah di Jalan Tar atau Jalan Masjid India. Lubuk memborong pelbagai jenis tudung dan pakaian ada di sana. Selain tudung terdapat pelbagai barangan yang anda mahu borong. Semua barang ada, anda juga boleh ke GM Plaza, di sana terdapat pelbagai barangan yang boleh diborong, ada jam tangan, kasut, handbage, aksesori dan sebagainya. Itu belum cerita memborong di Kenanga Wholesale City lagi.

Di Jalan Masjid India atau Jalan Tar kebanyakan peniaga tudungnya ialah daripada Pakistan. Mereka memang tidak asing lagi dengan kepakaran menjual tudung dan pakaian.

Jika anda kali pertama pergi ke sana mungkin anda tidak biasa kerana kebanyakan peniaga daripada Pakistan. Teknik mereka menjual ialah dengan memanggil-manggil pelanggan supaya masuk ke kedai mereka, 'mari kakak manis..semua ada jual..murah-murah...' begitulah cara mereka memanggil kita.

Rabu, 16 September 2015

Mengapa Pentingnya Trend dan Design Tudung Kepada Usahawan

Tanggungjawab mengurus bisnes online tudung sama sahaja seperti tanggungjawab mengurus bisnes-bisnes yang lain. Tanggungjawab paling besar adalah bagaimana untuk memastikan pelanggan baru dan regular sentiasa membeli produk kita. 

Dalam mengurus perniagaan online tudung sangat penting kita mengetahui apakah trend atau design terkini tudung yang ada di pasaran. Dengan cara ini kita mudah menyampaikan kepada pelanggan tudung apa yang terkini dan tudung apa yang laris di pasaran.

Sabtu, 5 September 2015

Orang Bisnes Perlu Ada Perlindungan Takaful

Saya mahu cerita sikit berkenaan kisah saya dengan Takaful. 

Pada tahun lepas anak saya yang sulung berumur satu tahun lebih demam, seperti biasa saya dan isteri pergi ke Hospital Umra seksyen 13 Shah Alam untuk dapatkan rawatan. Doktor check punya check akhirnya doktor kata tekak anak saya sudah merah kerana jangkitan kuman. Kata doktor 'awak pergilah warded anak awak ke hospital. 

Saya kata kepada isteri, kalau kita bawa anak kita ke hospital kerajaan sah kena beratur panjang sampai ke petang dan mana mungkin mereka nak masukkan anak kita ke wad. Sebab orang yang menunggu untuk warded lebih utama daripada anak kita! Kami buntu.