EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Modal Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Modal Bisnes. Papar semua catatan

Selasa, 25 Januari 2022

Anak Panah Duit

 Bisnes produk dalam sektor keperluan sangat sesuai dilakukan pada zaman ekonomi muram. Sebagai contoh perniagaan dalam sektor pendidikan, sektor makanan, sektor fesyen dan sebagainya.

Target pelanggan anda adalah mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana. Mahu tidak mahu mereka akan beli produk anda kerana ia dalam sektor keperluan.

Kita lihat contoh perniagaan dalam sektor makanan. Makanan murah atau bajet sangat laku sekarang kerana orang mula berjimat daripada membeli makanan yang mahal. Sebagai contoh perniagaan nasi lemak. Mahu tidak mahu manusia perlu makan.

Apabila anda sudah dikenali sebagai penjual produk keperluan sedikit demi sedikit anda boleh menjual produk yang mahal sedikit. Begitulah seterusnya apabila anda sudah stabil anda boleh masuk pasaran dengan menjual produk kehendak.

Mulakan perniagaan anda dengan menjual produk keperluan. Ini adalah anak panah duit. Anak panah duit ini membolehkan anda menjenamakan produk anda pada landasan yang betul.

Ingat, jual produk murah dulu, barulah belajar jual produk mahal.

Produk makanan mudah buat duit jika di lokasi strategik


Guna Modal Yang Ada di Tangan

 Dalam bisnes perkara yang paling ideal ialah kita memulakan bisnes dengan modal yang ada di tangan.

Bermakna dalam bisnes pertama kita tidak perlu membuat pinjaman besar untuk memulakan bisnes.

Banyak orang terperangkap dengan sindrom berhutang besar untuk memulakan bisnes.

Ini kerana mereka mempunyai mindset bisnes yang untungnya besar maka modal juga perlu besar!

Pada saat ini kita perlu mempunyai mindset memulakan bisnes dengan modal yang rendah.

Kita perlu mempunyai mindset marketing company.

Apabila kita memulakan bisnes dengan modal rendah banyak risiko dapat kita serap. Banyak perkara kita dapat belajar daripada bawah dan banyak ilmu yang dapat kita pelajari.

Saya berikan contoh bisnes yang kita boleh bermula dengan modal rendah.

Salah satunya ialah dengan memulakan bisnes menjual produk terpakai.

Produk terpakai mudah dijual kerana harga produk itu murah dan hayat pasaran produk terpakai sangat panjang.

Izinkan saya bercerita berkenaan dengan sahabat saya tuan Fadzil yang memulakan bisnes dengan modal rendah, mereka menjual produk terpakai seperti cadar, sarung bantal, mainan kanak-kanak di carboot sale.

Jualan produk mereka laju dan mereka bermula dengan modal yang rendah.

Jadi sekiranya bisnes menjual produk terpakai mereka tidak menjadi, mereka boleh bermula semula!

Mulakan bisnes dengan modal yang ada di tangan.

Serap risiko bisnes dan belajar daripada bawah.

Guna sahaja apa modal yang anda ada.