Awal tahun 2016, pasaran borong tudung digemparkan dengan rekaan baru berkonsepkan 'monokrom'. Monokrom bermaksud satu spektrum warna yang terdiri daripada rona hitam dan putih.
Whatsapp dan PM kami juga dihujani dengan pertanyaan tentang bawal monokrom. Demam bawal monokrom atau bawal hitam putih ala vintage ini mula mewarnai dunia remaja berhijab yang stailo juga feminin santai.
Agak kurang baik apabila stok yang dibekalkan oleh kilang juga amatlah sedikit. Kami pun hanya mendapat bekalan sebanyak 20 kodi sahaja dan habis dalam masa tiga hari.
Demi memenuhi kehendak pelanggan, kami di Borong Bawal Online bakal mengeluarkan stok bawal monokrom sendiri yang dihasilkan daripada material premium crepe berkualiti terbaik.
Jika sebelum ini bawal monokrom material cotton voile adalah terlalu lembut serta mudah lusuh apabila dibasuh, material premium crepe kami dijamin tebal, tidak jarang, mudah bentuk, terletak dan menampakkan efek seakan satin dull apabila dipakai,
Rekaan paten juga memfokuskan kepada bentuk-bentuk abstrak yang kemas, ringkas dan unik. Pasti ia tampak 'stylish' dalam 'simple'. Sesuai bagi menggamit hati para gadis berhijab.
Insya-Allah bawal monokrom exclusive dalam 20 paten dari kami akan mulai dijual secara terbuka dalam laman Facebook Page pada minggu hadapan.
Tempahan awal borong sudah dibuka!
Whatsapp 013-3006437 untuk sebarang info dan membuat pesanan.
 |
| Stok terhad sila buat pesanan anda segera |
 |
BAWAL MONOKROM EXCLUSIVE BY BBO
|