Pada era media sosial begini menjual produk wanita sudah menjadi kemestian kepada banyak usahawan internet.
Ini kerana di lapangan
internet kuasa beli wanita sangat tinggi sesuai dengan keinginan mereka yang
suka berbelanja. Kita lihat sahaja di mana-mana platform media sosial produk
wanita sentiasa mempunyai pasaran dan permintaan yang besar..
Kita ambil contoh dalam
aspek jualan produk kecantikan.
Apabila menjual produk
kecantikan wanita lebih mudah melakukan pembelian sehingga ada yang menjadi
pelanggan tetap sesuatu produk atau jenama.
Inilah kuasa beli
wanita berbanding lelaki.
Wanita akan sentiasa
membeli produk kecantikan. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri
mereka supaya membeli (fitrah)
Namun isu ini bukan
mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual
produk lelaki lain pula ragamnya.
Orang lelaki jika berbelanja
(mereka yang berkemampuan) mereka akan
pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk
itu tidak masuk akal.
Jadi sebelum anda
memulakan perniagaan pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.
Di pentas online anda
perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.
Terlalu banyak aspek
yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi
bisnes anda.
Selamat berbisnes dan
teruskan menjual produk wanita.
![]() |
| Jual produk wanita di media sosial |

