Apabila anda mahu berniaga tudung anda perlu tahu apakah target pelanggan yang anda akan sasarkan. Tidak boleh anda jual sahaja apa-apa jenis tudung tanpa anda tahu siapakah bakal pelanggan anda itu.
Dengan mengenal pelanggan, anda dapat fokuskan marketing produk dengan lebih baik. Jom kita lihat apa 3 jenis pelanggan yang anda boleh targetkan supaya anda betul-betul tahu siapakah pelanggan tudung anda dan daripada situ anda boleh menjadi usahawan tudung yang berjaya.
1. Pelanggan high class
Pelanggan kaya bermakna golongan elit yang mahu membeli tudung berjenama. Dahulu kita sering mendengar tudung jenama Fareeda.
Apabila tudung berjenama sudah tentu pelanggan jenis ini mementingkan kualiti dan design. Harga jualan produk jenis ini sudah tentu sehingga ratusan ringgit untuk sehelai tudung. Maksimum sudah tentu sehingga RM200.
Kelebihan menyasarkan pelanggan jenis ini ialah anda dapat menanam JENAMA anda kepada pelanggan dan memungkinkan dapat untung besar.
Kini sudah banyak jenama tudung yang hebat-hebat berada di pasaran dan menjadi jenama besar.
2. Pelanggan middle class
Harga tudung jenis mampu dibeli oleh golongan middle class disebabkan harganya tidak sampai sehingga ratusan ringgit.
Harga sesuai ialah RM30-50 sesuai dengan mereka yang mahukan kualiti yang baik.
Pelanggan jenis ini juga boleh dicari di dalam media sosial. Mereka sangat suka membeli produk yang ada diskaun apabila ditawarkan.
Kelebihan apabila menyasarkan pelanggan jenis ini ialah anda boleh bermula dengan modal sederhana dan boleh menjana untung tinggi. Tidak perlu pun jenama yang hebat asalkan anda dapat untung. Apabila anda sudah stabil anda boleh fikir-fikir untuk naikkan nilai jenama tudung anda itu.
3. Pelanggan budget class
Kebiasaannya tudung jenis begini berlambak dalam pasaran borong dan tiada jenama. Harganya pula murah serendah RM10 sahaja sehelai untuk harga runcit.
Tudung jenis budget begini sangat tinggi. Malah pelanggan tidak heran pun dengan kualiti kerana harganya yang murah.
Jika anda bijak anda boleh letak jenama sendiri. Ada penjual tudung yang bijak dia beli tudung bawal kosong dan letak label sendiri kemudian brandkan itu seperti tudung berjenama.
Dengan modal yang rendah dia berjaya jual sehelai tudung itu dengan harga RM39-50. Walhal harga borong tudung kosong sehelai RM5.50 sahaja.
Keuntungan yang anda boleh dapat juga tinggi.
 |
| Tudung kanak-kanak siapakah target pelanggannya? |