EBOOK BESTSELLER

Memaparkan catatan dengan label Tabung Follower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Follower. Papar semua catatan

Rabu, 28 April 2021

Mudahnya Buat Bisnes Tudung

Sebenarnya memang betul, buat bisnes tudung sangat mudah sebab kita cuma perlu menjual secara online sahaja dan kerap melakukan promosi.

Lebih menarik sebab harga tudung yang kita boleh jual pun mampu milik. Jadinya memang sangat mudah untuk kita buat jualan dan dapatkan wang.

Siapa yang tidak kenal dengan tudung. Di sana sini kita lihat ada banyak jenis tudung yang dipakai orang sekeliling kita.

Apa yang kita perlukan ialah skill mengambil gambar yang cantik dan pandai promosi tudung yang kita jual di media sosial. Dan berita menariknya ialah perkara ini kita boleh belajar sehingga kita mahir.

Jika kita mahu untung yang lebih kita boleh jual tudung brand kita sendiri dengan tambah sahaja label pada tudung yang sudah siap. 

Mudah bukan? Jika ada modal yang besar kita boleh pilih kain tudung yang kita suka dan positionkan tudung kita sebagai tudung premium.

Ada banyak strategi yang kita boleh lakukan dengan bisnes tudung. Walaupun pemain bisnes tudung sangat banyak di luar sana, peluang kita berjaya dengan bisnes tudung sangat besar.

Jika kita lihat di luar sana, ada sahaja bisnes tudung yang baru setahun jagung tetapi banyak jutawan tudung berjaya dilahirkan. 

Sebab itu apabila terlalu banyak pesaing tudung itu bermakna market produk itu sangat besar dan kita boleh masuk menjadi 'pemain' dalam bidang itu.

Bisnes tudung yang mudah ialah kita menjual tudung yang memang tinggi permintaannya. Sebagai contoh tudung bawal yang sentiasa menjadi kegemaran pelajar sekolah, kolej dan universiti. Dengan market ini pun kita makan tak habis. 

Market inilah yang suka membeli di media sosial dan akan menjadi duta bisnes kita apabila kita dapat memenuhi permintaan mereka di media sosial. Bisnes tudung juga sudah menjadi lifesytle dalam kalangan anak muda yang mahu cari duit poket.

Jadi apa tunggu lagi, anda sudah mulakan bisnes tudung anda? Jom bermula dan rancang perjalanan bisnes tudung anda bermula hari ini.


Ahad, 31 Januari 2021

Macam Mana Nak Mula Bisnes Tudung

 1. Langkah pertama anda buka instagram dan cuba lihat kedai online mana yang anda paling tertarik dan banyak follower.

2. Kemudian anda lihat tudung mana yang dijual dapat permintaan tinggi.

3. Siapa model yang mereka gunakan dan siapa influencer yang mereka bayar supaya follower instagram mereka banyak.

4. Apa cara mereka tarik pelanggan, ayat copywriting apa yang mereka gunakan sampai pelanggan mereka tertarik untuk membeli.

5. Jika mereka tidak menggunakan insfluencer tetapi gunakan diri sendiri apakah yang menyebabkan instagram mereka jadi kegilaan pelanggan.

6. Adakah mereka menggunakan instagram ads atau sebaliknya.

7. Apa contest yang mereka buat, free gift apa yang mereka selalu bagi pelanggan.

8. Adakah mereka guinakan sistem dropship atau tidak.

9. Jika semua benda anda mahu kaji dan buat research tapi sampai ke sudah anda tak jual tudung anda tetap tak kemana.

10. Jangan kaji banyak sangat nanti anda akan rasa diri kerdil. Terus sahaja borong tudung dan buat langkah pertama anda sekarang juga.

Tips Bisnes Tudung Online Yang Ramai Tak Tahu

Salah satu cara nak buat bisnes tudung supaya ada orang beli ialah kita bayar influencer di instagram. Zaman sekarang zaman instagram dan tiktok untuk orang muda.

Yang bekumpul dan berlonggok di instagram dan tiktok pun kebanyakan remaja. Jadinya apa yang anda perlu buat ialah bayar servis mereka.

Kata mahu dapatkan jualan dengan cepat. Jadi anda perlu bayar servis influencer untuk luaskan marketing anda dan supaya orang kenal nama brand tudung anda.

Cari influencer yang mempunyai follower dalam 20K ke atas dan anda boleh dapatkan servis mereka. Ada yang tawarkan paid review pada harga murah.

Instagram anda pula perlulah ada gambar tudung yang cantik. Boleh design gambar guna apps Canva atau pelbagai lagi apps design yang ada dalam playstore.

Buat permulaan anda boleh mulakan dengan menjual tudung bawal cotton voile atau bawal kosong dan teruskan dapatkan servis berbayar influencer.

Apabila jualan anda sudah menampakkan hasil dan anda dapat pusing modal baru anda boleh beralih kepada tudung-tudung lain.

Ada banyak tudung anda boleh pilih dalam pasaran. Pilih ikut target pelanggan anda. Anak muda sekarang suka pakai bawal dan shawl yang simple. Kebanyakan yang simple pula ialah tudung yang jenis plain.

Jadi anda tak perlu pening kepala nak jual pelbagai jenis tudung.

Jumaat, 1 Januari 2021

Impian Tudung Jenama Sendiri

 Jenama tudung yang terkenal seperti Neelofa, Duckscarves, Bawal Ekslusif dan pelbagai lagi jenama sudah tentu menjadi kayu ukur kepada mereka yang mahu mempunyai brand tudung sendiri suatu masa nanti.

Jika anda mempunyai impian mahu mempunyai brand tudung sendiri suatu masa nanti tahniah saya ucapkan. Impian anda itu suatu masa nanti pasti akan jadi kenyataan.

Namun sebelum mencapai impian sebesar itu anda boleh merancang untuk mulakan bisnes tudung anda secara kecil-kecilan dahulu.

Ini kerana daripada perniagaan yang kecil barulah anda dapat belajar bagaimana mengurus sesuatu bisnes itu kemudian kembangkannya sehingga menjadi brand besar suatu hari nanti.

Saya yakin banyak di antara anda yang sedang membaca tulisan ini sudahpun mempunyai perancangan bisnes yang tersendiri.

Semoga impian anda untuk membina empayar tudung yang disegani suatu hari nanti tercapai. 

Jangan biarkan orang lain padam impian anda


Khamis, 31 Disember 2020

Bina Follower di Media Sosial Sebagai Kolam Bisnes

 Mengumpul follower di media sosial bermakna anda selalu berkongsi sesuatu cerita atau tips berkenaan apa perkara yang anda pakar.

Jika anda lihat di media sosial seperti facebook terdapat banyak influencer yang mempunyai follower yang ramai.

Sebenarnya mereka lakukan cerita itu untuk dapatkan follower kemudian mudahlah mereka berkempen untuk menjual produk.

Menulis di media sosial mesti ada strategi. Mereka yang berjaya itu sudah tahu apa strategi yang mereka mahu gunakan dan konten apa yang follower mereka suka baca.

Ada influencer yang pandai menulis tips parenting dan kisah rumahtangga bersama anak-anak.

Ada influencer yang menulis tip bisnes dan marketing.

Ada influencer yang menulis tentang kerjaya.

Ada influencer yang menulis tentang topik kewangan.

Jika anda sebagai seorang penjual tudung apakah topik yang anda boleh tulis?

Hanya anda yang tahu kisah apa yang anda mahu tulis. Ingat jangan tulis topik yang anda syok sendiri. Tulislah perkara yang follower anda mahu baca.

Tulis cerita yang berimpak tinggi dan orang mahu share