EBOOK BESTSELLER

Rabu, 11 Januari 2017

Jual Produk Wanita vs Jual Produk Lelaki

Sesetengah peniaga lebih mudah menjual produk wanita berbanding produk lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Bagi saya menjual produk wanita lebih mudah.

Ini kerana wanita memang selalu bershopping dan merupakan fitrah wanita untuk berbelanja.

Kita ambil contoh dalam aspek jualan tudung.

Apabila menjual tudung memang kebanyakan wanita akan repeat membeli tudung paling kurang dua minggu sekali (apabila mereka suka dengan design, jenama).

Inilah kuasa beli wanita berbanding lelaki.

Wanita akan sentiasa membeli. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri mereka supaya membeli (fitrah)

Namun isu ini bukan mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual produk lelaki lain pula ragamnya.

Orang lelaki jika berbelanja (mereka yang berkemampuna)  mereka akan pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk itu tidak masuk akal.

Jadi sebelum anda memulakan bisnes pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.

Di pentas online anda perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.

Terlalu banyak aspek yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi bisnes anda.

Selamat berbisnes dan teruskan menjual produk wanita.

Jual produk wanita yang sesiapa sahaja boleh menjualnya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan