EBOOK BESTSELLER

Selasa, 5 Januari 2016

Mulakan Bisnes Tudung Dengan Jualan Runcit

Sebenarnya sangat mudah untuk memulakan bisnes tudung. Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan memborong sekodi tudung dan mula menjualnya secara runcit.

Kemudian apa yang perlu anda lakukan?

Kemudian anda boleh ambil gambar tudung itu sehelai-sehelai dan mula mempromosikan tudung itu di instagram, facebook, twitter atau mana-mana channel media sosial yang anda mudah dengannya.

Untuk lebih kelihatan prosfesional anda boleh melantik rakan anda yang mempunyai wajah persis model untuk menggayakan tudung anda. Jika anda mempunyai masalah untuk mencari model, anda boleh menggunakan kepala patung dan gayakan tudung tersebut di kepala patung.

Ingat, wanita tertarik untuk membeli tudung kadang kala kerana kecantikan model atau kecantikan gaya seseorang model itu memakai tudung tersebut. Apabila kelihatan cantik sesuatu tudung itu sangat mudah dijual. 

Jadi apa tunggu lagi? Mahu termenung lagi mencari idea bisnes untuk tahun 2016? 

Banyak orang yang mahu terus menjual tudung secara borong. Memang betul menjual secara borong juga boleh tetapi anda perlukan modal yang besar. Jadi sebagai langkah mula menjual secara runcit sangat saya galakkan. 

Memang menjual secara runcit sangat leceh tetapi percayalah setiap kesulitan itu pasti ada kebaikannya.

Selamat memulakan bisnes tudung anda.

Belajar menjual tudung dengan cara sendiri

Gambar seperti ini pun boleh memikata orang membeli produk anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan