EBOOK BESTSELLER

Ahad, 29 November 2020

8 Tips Bagaimana Mahu Menjadi Jurujual Yang Hebat

1. Jurujual yang hebat ialah jurujual yang sudah meletak target kepada dirinya sendiri berapakah target sales yang mahu dia capai pada tahun itu dan berusaha keras terhadap target yang mahu dicapainya.

2. Jurujual yang hebat ialah jurujual yang tidak pedulikan apa yang berlaku kepada sales orang lain. Apa yang mereka tahu ialah mereka bekerja kuat siang dan malam untuk mencapai target mereka sendiri.

3. Untuk menjadi jurujual yang hebat anda tidak perlukan terlalu banyak tips dan maklumat yang ada di dalam buku marketing atau bisnes. Apa yang anda perlukan ialah sentiasa call prospek pelanggan dan mencari pelanggan untuk dijadikan client anda.

4. Untuk menjadi seorang jurujual yang hebat anda tidak perlu pandai algorithma atau janjang aritmetik. Apa yang anda perlu pandai ialah tambah, tolak dan bahagi. Matematik dalam kerjaya jurujual sangat mudah. Berapa ramai mereka yang tidak cemerlang matematik di sekolah menjadi jutawan dalam kerjaya jurujual.

5. Mahu menjadi jurujual yang hebat anda perlu sentiasa bersabar dengan penolakan pelanggan. Daripada 10 orang pelanggan yang anda approach mungkin seorang pelanggan sahaja yang beli produk anda. Jadi anda perlu approach 100 orang prospek pelanggan.

6. Mahu menjadi jurujual yang hebat anda perlu beri masa beberapa tahun kepada diri anda untuk berjaya. Letakkan target contohnya lagi tiga tahun anda mahu gaji bersih anda setiap bulan 30k. Kejar target itu untuk tiga tahun. Tiga tahun itu anda mesti bekerja keras siang dan malam. Jika tidak berjaya dalam masa tiga tahun anda boleh tambah sehingga 5 tahun. Sabar ialah kunci menjadi jutawan dalam bidang jualan.

7. Untuk menjadi seorang jurujual anda tidak perlu berbakat. Apa yang anda perlukan ialah keberanian dan apabila anda berani anda dapat mengalahkan orang berbakat yang takut. Untuk menjadi seorang jurujual super anda perlu berani dan sentiasa positif dengan kerjaya anda.

8. Jurujual yang hebat sentiasa percaya dengan hala tuju syarikat yang mereka bernaung. Jurujual yang hebat sentiasa menceritakan perkara yang baik terhadap syarikat mereka bekerja. Jurujual mesti bangga dengan produk yang mereka jual. Kemana mereka pergi nama syarikat mesti dibawa.

Apa lagi yang anda tunggu! Pergi jadi jurujual dan cari syarikat yang bagus untuk anda bernaung di bawahnya. Lagi tiga tahun masa depan anda pasti berubah!

Jadi jurujual paling legend dalam bidang yang anda ceburi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan