Apabila berbicara berkenaan tudung sahaja pasti kita sudah tahu lokasi lubuk borong tudung yang bagus ialah di jalan tar atau di jalan masjid india kuala lumpur.
Di situlah rahsia-rahsia peniaga tudung untuk mendapatkan tudung pada harga murah.
Namun untuk peniaga baru yang mahu memborong tudung di situ mereka pasti sukar mendapatkan harga murah berbanding dengan peniaga tudung yang sudah lama berurusan dengan pembekal warga pakistan di sana.
Biasalah, siapa yang sudah lama menjadi pelanggan setia mereka pasti akan dapat harga yang menarik. Siapa yang masih baru pasti terkejut dan komplen kenapa peniaga lama dapat harga murah dan dia dapat harga mahal.
Itulah asam garam dalam dunia trading. Siapa yang setia dan pandai berunding pasti dapat kepercayaan si pembekal.
Siapa yang sekejap memborong dan sekejap tidak pasti sukar membeli dengan harga yang baik.
Semuanya adalah rahsia-rahsia yang peniaga borong tudung sahaja yang tahu.
Sama juga halnya dengan dunia online, ada penjual yang menjual pada harga yang mahal dan ada yang murah.
Semuanya bergantung kepada kepandaian kita untuk berurusan dengan pembekal mana yang kita percaya.
Mahal atau murah apa yang penting kita dapat menjaga bisnes antara kita dan pembekal dengan baik.
Kita sendiri yang perlu bijak membuat pilihan.
Nanti kami akan kupas lebih banyak gedung lubuk-lubuk tudung yang anda boleh pergi.
Kepada anda yang sukar untuk pergi ke jalan tar atau masjid india untuk memborong tudung anda boleh borong tudung secara online.
Kami lebih galakkan mereka yang tinggal jauh daripada lembah klang untuk memborong secara online sahaja.
Kini ada pelbagai pilihan untuk anda memborong secara online. Lebih pantas dan murah.
Borong tudung secara online adalah lebih jimat, anda tak perlu habis minyak kereta, kos makan-makan, tenaga, masa dan bayaran parking.
Apapun anda lebih tahu mana yang terbaik untuk bisnes anda.
![]() |
| Borong tudung secara online |
![]() |
| Borong online atau anda boleh terus ke lokasi pembekal |
![]() |
| Restock tudung untuk peniaga online |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan