Sudah tentu kerana kos membeli tudung di sana murah dan berbaloi dengan wang modal.
Sudah menjadi kebiasaan peniaga tudung yang sudah lama dalam industri tudung memborong tudung di Jalan Tar atau Jalan Masjid India.
Peniaga yang sudah otai dan mempunyai banyak kenalan bisnes akan dapat memborong tudung pada harga murah.
Begitulah dunia bisnes. Siapa yang menang banyak dalam penawaran dialah yang akan dapat harga pada harga yang murah.
Sebagai pemborong atau pengedar tudung kami juga berhadapan masalah persaingan harga terutamanya dengan pemborong tudung online.
Mereka masuk dalam dunia bisnes tudung dengan menjadi orang tengah dan mereka kucar-kacirkan harga tudung sehingga harga tudung menjadi rosak dan semua orang berlumba-lumba dapatkan harga tudung pada harga yang paling murah.
Namun sebagai peniaga tudung anda masih boleh menang sekiranya anda menjual kualiti bukannya menjual pada harga murah semata-mata.
Selain itu apa yang perlu dijual adalah servis kepada pelanggan.
Pelanggan membeli kerana sudah biasa dengan servis baik yang diberikan peniaga. Inilah kata kunci bisnes.
Kami di BBO TEXTILE memastikan pelanggan kami dapat membeli tudung pada harga yang mampu milik dan tudung yang dijual kami akan pastikan kualiti kainnya.
Memang betul sekiranya anda mahu beli tudung pada harga murah anda boleh dapatkannya dengan mudah namun tahukah anda akan kualiti tudung itu?
Sudah tentu apabila bermain dengan persepsi harga murah kita terkeliru dengan mainan harga si penjual. Namun pembeli atau pemborong tudung yang bijak akan menilai situasi ini terlebih dahulu.
Memborong tudung di Jalan Tar atau Jalan Masjid India memang merupakan pengalaman yang seronok untuk peniaga baru.
Mereka akan teruja dengan setiap design tudung baru yang keluar.
Untuk peniaga baru kami ucapkan selamat berbisnes dan semoga kekal bertahan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu lebih-lebih lagi pada tahun 2017 ini.
Selamat memborong tudung kesukaan anda dan selamat menjalankan bisnes tudung dengan baik.
![]() |
| Dunia trading tudung memerlukan kesabaran dan attitue tinggi |
![]() |
| Semakin banyak beli harga semakin murah |
![]() |
| Borong tudung dan segera habiskan tudung anda |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan