Sebagai langkah pertama menjadi peniaga tudung anda boleh bermula dengan menjual tudung secara runcit.
Caranya sangat mudah.
Anda borong beberapa kodi tudung daripada pembekal yang anda percaya dan mulakan jualan secara runcit.
Peringkat permulaan anda mesti jual fesyen. Fesyen apa yang sedang trending anda ikut fesyen itu.
Memang pada peringkat permulaan pelbagai halangan yang anda akan hadapi.
Persoalannya bagaimana mahu menjual, bagaimana mahu habiskan stok sedia ada, bagaimana mahu pikat pelanggan beli tudung yang kita jual dan sebagainya persoalan pasti singgah dalam minda.
Mahu tidak mahu selama beberapa bulan anda cuba menjual tudung mengikut strategi yang anda rancang.
Ada pelanggan kami yang merancang awal menjual tudung secara online di instagram, fb, pasar malam, event-event, car boot sale dan sebagainya.
Ini rancangan jualan yang sangat bagus.
Jadi inilah cara yang sesuai untuk anda lakukan.
Jual kesemua tudung yang anda beli secara runcit. Namun anda perlu ingat apabila menjual secara runcit anda tidak boleh ambil untung terlalu tinggi. Anda perlu melihat pesaing tudung yang lain bagaimana mereka bermain strategi apabila menjual tudung mereka. Lihat level kita di mana.
Apabila anda sudah mahir menjual tudung secara runcit dan mempunyai data pelanggan yang ramai anda boleh berkira-kira untuk menjual tudung secara borong pula.
Jual tudung anda secara borong sedikit demi sedikit kepada pelanggan yang pernah berurusan dengan anda sebelum ini.
Sebelum ini mereka membeli secara runcit, selepas anda kenal dan sudah baik dengan mereka anda boleh pujuk pelanggan anda membeli secara borong pula.
Proses ini memang memakan masa yang lama namun sangat berbaloi dengan usaha yang anda laburkan.
Jadi sebagai peniaga yang baru bermula anda perlu menjual tudung secara runcit.
Pusing modal laju-laju. Simpan duit dan rolling semula hasil jualan tudung.
Jaga kewangan anda jangan sampai bocor selalu!
Selamat berniaga.
![]() |
| Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan