EBOOK BESTSELLER

Sabtu, 14 Januari 2017

Bagaimana Nak Tau Kita Pandai Jual Apa

Sebenarnaya semua orang dikuniakan bakat untuk menjual apa yang menjadi subjek kegemarannya.

Seperti saya yang jual tudung saya tahu sedikit sebanyak berkenaan tudung kerana saya belajar tahu ilmu bisnes daripada kakak saya yang berniaga tudung.

Mereka tahu kualiti kain, design, jenis dan kain apa yang pelanggan suka.

Isteri saya pula memang hantu tudung, jadi isteri saya banyak membantu daripada sudut bagaimana memilih kain tudung, design dan sebagainya.

Daripada situlah saya mula tahu apa itu tudung sekodi, chiffon, satin matte, dan sebagainya.

Lagipun tak perlu tahu sangat pun berkenaan tudung, apa penting kita tahu bagaimana menggerakkan kempen marketing dan kempen jualan.

Berbalik kepada tajuk bagaimana kita nak tahu apa yang kita sesuai jual.

Ok sebenarnya kita boleh tahu cenderung atau minat kita ialah apa. Katakan kita berlatangkan seorang pelajar kursus kewartawanan jadi sudah tentu kecenderungan kita ialah menulis dan melaporkan apa-apa berita.

Jadi apa yang kita boleh lakukan ialah kita boleh jual cerita-cerita kita atau jadikan cerita itu sebuah buku atau ebook untuk dijual.

Cuba tanya diri kita, kita pandai jual apa? Sudah tentu ada sesuatu dalam diri kita yang kita mahu sangat menjualnya.

Jika kita masih keliru apa yang kita pandai jual kita boleh pilih satu demi satu produk sampailah kita jumpa produk yang serasi dengan diri kita.

Takkan kita nak pilih semua produk kan?  

Sekarang sudah tahu apa produk yang kita mahu jual? Tepuk dada tanya selera.

Kucing pun tahu apa dia nak jual. Pandai kucing siapa la ni




Tiada ulasan:

Catat Ulasan