EBOOK BESTSELLER

Sabtu, 7 Januari 2017

Bagaimana Menjual Tudung di Pasar Malam Untuk Jana Pendapatan



Saya mahu bercerita kisah bagaimana rakan kami seorang lelaki yang berjaya menjual pelbagai jenis tudung di pasar-pasar pagi dan pasar malam sekitar Jengka, Temerloh dan Jerantut.

Ceritanya simple sahaja. Rakan kami ini pada mulanya memang seorang yang malu menjual terutamanya menjual tudung. Di jadikan cerita selepas pihak kami mengajar beliau menjual tudung di pasar malam dengan cara rambo beliau terus bersemangat dan terus menerus menjual tudung di pasar-pasar malam dan pasar-pasar pagi.

Di pasar pagi Temerloh contohnya beliau biasa melakukan jualan sebanyak RM400 dalam masa beberapa jam sahaja. Cara beliau seperti biasa lambakkan sahaja tudung di atas tikar plastik yang dibawanya. Tudung yang dibawanya dipastikan sedang trending dan mengikuti pasaran semasa.

Di pasar panas Bandar Jengka beliau turut melakukan perkara yangs sama. Beliau longgokkan sahaja semua jenis tudung yang ada dan biarkan pelanggan memilih.

Begitu juga dengan pasar-pasar lain. Beliau gigih menjual tudung kerana kegigihan yang beliau lakukan kebiasaannya beliau dapat jualan kasar 1k seminggu.

Sehingga kini beliau melakukan perniagaan tudung secara sepenuh masa. Setiap hari jadual menjual tudung beliau penuh. Pada hari gaji beliau tambah masa bekerja dengan menjual tudung di pasar pagi dan petangnya di pasar malam.

Boleh ikuti kisah beliau di fb-nya azman bin ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan