Kenapa sekarang ramai pemborong online yang bagi "free postage" atau "postage included" berbanding meletakkan harga postage?
Ini lebih memudahkan dan melancarkan urusan di antara pembeli dan penjual.
Malah, ia dapat mengelakkan penjual terlibat di dalam unsur "termakan duit lebih".
Katakanlah penjual meletakkan harga postage rm7, ada pembeli yang agak berkira akan menyoal, "bukankah harganya 6.39 saja? jadi awak makan duit haram 61 sen lagi ke?"
Sedangkan penjual hanya berniat untuk memudahkan.
Katakan pula penjual lamsam saja nilai rm11.90 kepada rm10, ada juga pembeli yang masih juga mahu berkata, "eh,murahnya postage, bukan bla bla bla ke...?"
Pelbagai persoalan akan memberatkan lagi urusan.
Maka, adalah lebih baik penjual masukkan terus harga postage ke dalam harga produk dan menyatakan free postage atau postage included.
Ia berniat untuk memudahkan urusan jual beli.
![]() |
| Mudahkan urusan pelanggan kita |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan