Bercerita berkenaan bagaimana memulakan bisnes tudung online semua orang mempunyai kisah mereka tersendiri.
Jika ada orang bertanya kepada saya bagaimana anda memulakan perniagaan tudung online? Jawapan saya ialah saya memulakannya dengan kosong.
Saya dan isteri belajar daripada bawah. Sehingga sekerang pun saya dan isteri masih belajar untuk menjual tudung secara konsisten.
Bermula daripada mengambil stok tudung di Jalan Tar atau Jalan Masjid India kami cuma memerlukan telefon pintar untuk mengambil gambar tudung.
Kemudian dengan gambar itu kami melakukan posting-posting menjual di facebook page, blog dan media sosial lain.
Ya kami mengambil tempahan secara pre-order dahulu.
Bermakna apabila ada pelanggan masukkan duit secara online banking barulah kami pergi ke Jalan Tar atau Masjid India untuk melakukan belian tudung. Inilah teknik penjimatan wang yang kami lakukan.
Sedikit-demi sedikit dengan untung yang ada barulah kami membeli stok sendiri.
Memang nampak mudah tetapi tidak semua orang mampu bertahan. Pada kami biarlah bisnes tudung yang kami jalankan mampu sustain atau survive.
Alhamdulillah sehingga sekarang kami mampu bertahan.
Semalam saya baru coaching dua orang jurutera yang baru bermula dalam perniagaan tudung. Cerita mereka berbeza dengan teknik atau cara saya dan isteri memulakan perniagaan tudung.
Apa yang mereka lakukan ialah terus secara 'gamble' membuka butik tudung yang sederhana dengan modal yang ada.
Alhamdulillah mereka boleh bertahan walaupun mereka masih bekerja sebagai jurutera. Matlamat mereka dalam tiga bulan akan datang ialah berhenti kerja dan menjadi usahawan tudung sepenuh masa online dan offline.
Buat masa sekarang kepakaran mereka lebih kepada jualan tudung secara offline. Mereka berjumpa saya untuk belajar cara menjual tudung secara online pula.
Tiada rahsia pemasaran yang saya sembunyikan. Semuanya saya ajar secara asas sahaja. Kadang kala dalam jualan produk, kita lupa untuk menggunakan teknik asas untuk melakukan jualan.
Ini sahaja kaedahnya. Kita perlu pegang pada konsep atau dasar pemasaran itu sendiri.
Pada masa ini semua urusan jualan tudung online saya serahkan kepada isteri saya.
Dialah yang melakukan pemasaran, editing, layan pelanggan di platform whatsapp dan sebagainya. Kerja-kerja marketing saya akan pantau.
![]() |
| Pelbagai jenis tudung untuk anda jual |
![]() |
| Belajar menjual tudung secara online untuk kurangkan risiko kerugian |
![]() |
| Whatsapp 010-2207437 untuk borong tudung pada harga murah |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan