Dalam seminar usahawan sering berkumandang tentang cabaran yang perlu dilakukan peserta kursus. Ada di antara mereka yang dicabar untuk menjadi jutawan, memiliki jaringan perniagaan yang banyak, cepat kaya dan sebagainya.
"Saya mahu anda berjaya dalam perniagaan online anda pada tahun ini juga. Saya tidak mahu ada seorang pun yang tidak berjaya dan kecundang. Maca mana? Boleh?" dan si trainer itu pun mahu mendengar peserta kursus menjawab, Boleh!" dengan penuh yakin dan bersemangat.
Cabaran tidak dapat mendorong semangat usahawan atau bakal usahawan. Cabaran hanya dapat mendorong peserta kursus yang memiliki motivasi dan estim diri yang tinggi. Bakal usahawan atau individu yang memiliki estim diri rendah akan memilih untuk menolak cabaran, malah mereka lari terus daripada cabaran. Kepada golongan bakal usahawan ini, dorongan adalah alat yang tidak berkesan.
Usahawan yang memiliki estim diri rendah mengelak cabaran. Mereka tidak yakin dengan kebolehan mereka. Oleh itu mereka hanya melakukan perkara yang dijamin selamat dalam perniagaan. Sebab itulah ada peserta yang pintar tidak mahu menceburkan diri dalam perniagaan yang mereka rasa sangat berisiko. Walaupun pintar serba serbi tetapi estim diri mereka rendah.
Sebab itu ada usahawan yang tidak berapa pintar tetapi mereka berjaya dalam perniagaan. Mereka ini mempunyai ciri estim diri yang tinggi. Graduan universiti bekerja dengan mereka sedangkan si pemilik syarikat hanya lulus setakat darjah tiga.
Jika tidak menggunakan cabaran apakah alat berkesan untuk mendorong seseorang usahawan??
![]() |
| Saya cabar anda semua! |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan