Dalam perniagaan tudung kita perlu mencari orang yang boleh membantu perniagaan kita. Ini kerana perniagaan tudung memerlukan anda mempunyai banyak skill dan ilmu baru.
Antara jenis individu yang dapat membantu kita adalah:
1. Usahawan tudung yang sudah sedia berjaya
2. Mentor
3. Pakar penggaya tudung
4. Penulis blog berkenaan tudung
5. Personaliti wanita yang anggun
Setiap daripada mereka boleh membantu kita dalam perniagaan tudung.
Contohnya seorang usahawan tudung yang berjaya pasti akan menceritakan bagaimana kejayaannya dalam perniagaan tudung, cabaran, rahsia kejayaan dalam sebagainya.
Selain itu, seorang penulis blog berkenaan tudung yang terkenal boleh membantu kita dalam usaha untuk memperkenalkan tudung baru kita kepada pelawat blog beliau.
Tidak cukup dengan itu anda juga boleh menghantar tudung yang cantik kepada personaliti wanta yang anggun. Sebagai contoh kita boleh melihat bagaimana penyanyi popular Ainan Tasneem yang sentiasa menerima pelbagai bungkusan hadiah untuk dipromosikan ke dalam facebook page beliau.
Dengan memahami setiap fungsi 'individu' ini yang boleh membantu kita secara tidak langsung ia dapat mengembangkan bisnes tudung kita kepada fasa seterusnya.
Seseorang individu mampu mengembangkan bisnes kita jika kita sentiasa memperbaharui skill dan ilmu baru berkenaan kategori bisnes yang kita sukai.
Selamat memulakan perniagaan tudung. Jika anda mempunyai tudung untuk pihak kami reviu kami boleh membantu menyediakan artikel percuma untuk anda. Syarat akan dikenakana kepada anda yang layak.
![]() |
| Ada artis yang mahu kami sponsor tudung? Terus whatsapp ke 013-3006437 |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan