Dalam menjalankan perniagaan tudung anda boleh memilih sama ada untuk menanggung risiko kecil atau menanggung risiko besar.
Risiko besar bermakna ada melakukan perniagaan tudung skala besar. Contohnya anda melakukan pinjaman bank, sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya.
Semakin besar risiko yang anda ambil semakin berat bebanan yang anda tanggung. Sebagai contoh, jika anda gagal bermakna anda gagal terus. Berkali-kali.
Risiko kecil bermakna anda melakukan perniagaan tudung skala kecil atau sederhana. Contohnya anda menggunakan modal serendah RM300, kedai adalah rumah dan anda sendiri adalah pekerja. Semuanya anda yang lakukan,
Ini bermakna, semakin kecil risiko yang anda ambil semakin kurang bebanan anda jika gagal. Misalannya anda gagal, tetapi anda boleh bangkit dengan cepat dan berkali-kali.
Dalam perniagaan tudung, terdapat banyak pesaing dan tentunya anda mempunyai alasan tersendiri jika anda mahu membina perniagaan tudung secara besar-besaran.
Nasihat saya adalah anda boleh bermula dengan risiko kecil. Ya, anda boleh membina perniagaan anda tanpa modal yang besar dan perlahan-lahan membina empayar perniagaan tudung anda.
Mulakan perniagaan tudung anda serendah RM113. Jual pada jiran-jiran atau sahabat anda.
Jika anda pelajar anda boleh bermula sekarang kerana prospek anda di kolej atau asrama begitu besar!
Berkaitan: Jual bakat, Pelajar universiti mahu menjual tudung
![]() |
| Kulit pisang itu adalah 'risiko besar' yang anda perlu singkirkan |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan