Perniagaan borong tudung boleh dilakukan secara
bersendirian ataupun bekerjasama. Terpulang mana yang lebih baik.
Jika perniagaan borong tudung mahu dilakukan seorang
diri anda mesti bersedia daripada segi mental dan fizikal.
Sebagi contoh, anda perlu memikirkan modal, logistik
dan sebagainya yang memerlukan anda melakukan sedikit pengorbanan.
| Banyak berjalan banyaklah idea baru |
Menjual tudung secara borong memerlukan anda untuk
pergi ke lokasi kedai untuk memborong tudung. Sudah tentu anda memerlukan alat
pengangkutan, tenaga dan masa yang mencukupi.
Berbeza apabila mempunyai rakan kongsi. Anda boleh
berkongsi kepakaran. Mungkin rakan anda tidak boleh memandu untuk ke kedai
borong tetapi anda boleh. Mungkin anda tidak boleh mengenali jenis kain tudung
tetapi rakan anda boleh.
Namun untuk perniagaan kecil, biasanya dimulakan
oleh seorang. Apabila perniagaan tersebut berkembang barulah rakan kongsi
dicari. Namun seperti yang dinyatakan di atas terpulang mana yang anda rasa
lebih baik.
Tip BBO:
Apabila anda bersendirian menjalankan perniagaan
pastikan anda mempunyai dorongan yang kuat untuk berjaya. Tuliskan matlamat
anda dan langkah-langkah mencapainya dalam masa yang singkat. Fokus!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan