EBOOK BESTSELLER

Rabu, 17 April 2013

Kita Buat Baik, Kemudian Batal- Itu Bukan Rezeki

Pernah sekali seorang pelanggan tudung bawal 'book' atau tempah tudung borong daripada saya. Setiap kali menghantar mesej beliau yang mengatakan beliau benar-benar berminat untuk membeli produk saya.

Saya teruja dan seronok kerana bisnes yang baru sahaja bermula ada juga yang sudi untuk 'singgah' ke blog dan facebook saya.

Jadi saya menunggu dengan sabar. Harap-harap bakal pelanggan yang berurusan dengan saya ini jadilah untuk borong tudung yang sudah ditempahnya. Seperti biasa katanya duit akan dimasukkan pada waktu petang.

Katanya, petang nanti saya mesej di dalam inbox facebook.

Tunggu sampai maghrib rupanya bakal pelanggan itu masih belum masukkan duit. Lalu saya pun mengambil telefon dan mesej kepada beliau.

"Jadi atau tidak beli' kata saya ringkas.

"Tidak jadilah, saya minta maaf, lain kalilah saya beli pada sis.....

Saya redha, dalam perniagaan kita perlu berbuat baik. Perlu elakkan pergaduhan, fitnah, batu api dan segala yang boleh mengundang konflik. Saya berniaga bukan untuk 'berniaga dosa' tetapi mahu juga 'berniaga pahala'.

Pada saya kita perlu menghormati pelanggan, jika ada pelanggan kedua yang tempah kita patut dahulukan pelanggan pertama walaupun bakal pelanggan yang kedua kita itu mahu bayar lebih atau istilahnya sudah benar-benar terdesak untuk mendapatkan tudung itu.

Walaupun bukan rezeki kita pada masa itu, kita perlu ingat, kita perlu buat baik. Jika pelanggan batal pesanan itu bukan rezeki kita. Ada yang lebih berhak menerimanya.

Cukup kali ini saya cerita kisah saya. Nanti ada masa kita cerita tentang perkara lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan